SAN JUAN, Puerto Rico, July 09, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- melalui InvestorWire -- XR Casino, Inc (“XR Casino” atau "Syarikat"), platform perjudian dalam talian silang teknologi, berbilang pemain, berdasarkan teknologi blok rantai yang seumpamanya untuk teknologi Realiti Lanjutan (XR) seperti Realiti Terimbuh (AR), Realiti Gabung (MR) dan Reality Maya (VR), hari ini mengumumkan tarikh pelancaran MVP.
Syarikat sedang membangunkan platform realiti lanjutan pertama seumpamanya yang akan membolehkan pengguna peranti yang berbeza untuk bermain permainan kasino XR antara satu sama lain. Permainan awal termasuklah blackjack, rolet dan slot serta akan ditampilkan dalam pelancaran versi MVP pada 21 Ogos 2021. Taruhan sukan, baccarat, bingo, craps, poker dan keno sedang berada dalam rangkaian pembangunan.
Senarai peranti yang disokong termasuk Hololens 1 dan 2 oleh Microsoft, Magic Leap 1 oleh Magic Leap, HTC Vive, Oculus Quest 2, Gear VR Samsung serta telefon pintar didayakan AR seperti Apple iPhone, iPad dan lebih 39 telefon pintar dan peranti Android.
Ciri permainan termasuklah:
- Permainan Berbilang Pemain
- Bilik Permainan Persendirian
- Bilik Permainan Awam
- Sembang Teks dan Suara
“Teknologi XR sedang mengubah cara kita berinteraksi antara satu sama lain dan menghapuskan keperluan peralatan yang mahal,” kata CEO XR Casino, Dan Martinez. “Syarikat teknologi besar Apple, Google, Facebook dan Microsoft telah banyak melabur dalam AR, VR dan MR untuk mempercepat penggunaan massa melalui kedua-dua penyelesaian perkakasan dan perisian. XR Casino mempunyai kelebihan penggerak pertama dalam menyediakan penyelesaian SaaS XR kepada kasino dalam talian dan tradisional serta syarikat taruhan sukan. Penyelesaian kami mewujudkan nilai untuk industri perjudian dan menawarkan perbezaan yang berdaya saing untuk menarik pemain generasi X, Y dan Z baharu di seluruh dunia.”
Perihal XR Casino, Inc.
XR Casino, Inc. ialah platform perjudian dalam talian silang teknologi, berbilang pemain, berdasarkan teknologi blok rantai yang pertama seumpamanya untuk teknologi Realiti Lanjutan (XR) seperti Realiti Terimbuh (AR), Realiti Gabung (MR) dan Reality Maya (VR). Untuk maklumat lanjut, lawati www.xr.casino.
Pernyataan Prospektif
Pernyataan tertentu yang terkandung dalam siaran akhbar ini mungkin mengandungi "pernyataan prospektif." Pernyataan prospektif menyediakan jangkaan semasa bagi peristiwa masa hadapan berdasarkan anggapan tertentu dan termasuk mana-mana pernyataan yang tidak berkaitan secara langsung dengan mana-mana fakta sejarah atau semasa. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan oleh pernyataan prospektif tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor penting seperti yang boleh didedahkan dalam pemfailan Syarikat. Selain faktor ini, prestasi masa hadapan sebenar, hasil dan keputusan mungkin berbeza secara material kerana lebih banyak faktor umum, termasuk (tanpa had) keadaan industri dan pasaran umum serta kadar pertumbuhan, keadaan ekonomi dan perubahan dasar kerajaan dan awam. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini mewakili pandangan Syarikat setakat tarikh siaran akhbar ini dan pandangan ini boleh berubah. Namun, walaupun Syarikat boleh memilih untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini di suatu titik pada masa hadapan, Syarikat secara khususnya menafikan sebarang kewajipan untuk berbuat demikian. Pernyataan prospektif ini tidak patut digunakan sebagai mewakili pandangan Syarikat pada sebarang tarikh selepas tarikh yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini. Pernyataan prospektif sedemikian ialah risiko yang diperincikan dalam laman web dan pemfailan Syarikat.
Maklumat Hubungan:
info@xr.casino
investors@xr.casino
Wire Service
InvestorWire
Los Angeles, California
www.InvestorWire.com
212.418.1217
Editor@InvestorWire.com
Foto tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ed5cfbf3-755a-4c5f-a832-9d14cafd7e7f
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cfda210a-f73a-4a23-909d-d1a5967ecda4
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a3c72329-0755-4e6e-a3ef-fa58045a6e2e