PHILADELPHIA, Nov. 04, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Microshare Inc., pembekal utama penyelesaian data Bangunan Pintar kepada institusi multinasional dan sektor awam, telah memperoleh $15 juta dalam pembiayaan daripada Avenue Sustainable Solutions Fund, L.P., saluran Avenue Capital Group menyokong firma yang berusaha menjadikan dunia lebih mampan.
Suite EverSmart yang dilengkapi penyelesaian Kemudahan Pintar milik Microshare membantu perusahaan global seperti GlaxoSmithKline, Aramark dan Rent-A-Center meyakinkan tenaga kerja, penyewa dan pelanggan tentang keselamatan ruang di dalam bangunan sambil menghasilkan kecekapan operasi serta cerapan data yang meningkatkan prestasi ESG (Persekitaran | Sosial | Pentadbiran).
“Pelaburan Avenue Sustainable Solutions Fund mewakili undi keyakinan yang besar dalam sifat transformatif penyelesaian EverSmart kami,” kata CEO dan Pengasas Bersama Microshare Ron Rock. “Tatkala pandemik diharapkan sudah reda, keupayaan kami untuk menghasilkan data yang tidak wujud sebelum ini tidak pernah serelevan ini tatkala pekerja dan penyewa bergelut dengan kebimbangan baharu tentang ruang di dalam bangunan, dan syarikat memikirkan semula jejak hartanah mereka dan menghadapi jangkaan global baharu tentang iklim dan isu ESG lain.”
“Microshare ialah padanan yang sesuai untuk strategi kami,” kata Sean Coleman, pengurus bersama Avenue Sustainable Solutions Fund. “Kami teruja untuk menyokong strategi Microshare untuk menangani permintaan korporat untuk peningkatan dalam kecekapan tenaga dan penggunaan air di dalam bangunan yang semakin meningkat, kedua-duanya merupakan pertimbangan kritikal untuk masa depan yang mampan.”
Microshare yang berpangkalan di Philadelphia memberikan penyelesaian menyediakan penyelesaian Penderiaan sebagai Perkhidmatan kepada klien dalam sektor Hartanah Komersial, Korporat, Jagaan kesihatan, Pengeluaran dan Farmaseutikal. Syarikat ini menerima perhatian antarabangsa untuk peranti boleh dipakai Penjejakan Kontak Universal yang diperkenalkan awal pada awal pandemik, penyelesaian yang dipuji kerana mencegah wabak besar-besaran di industri pengeluaran penting seperti farmaseutikal dan logistik.
Microshare akan menggunakan dana untuk mengembangkan pasukan jualan dan pembangunannya, mengembangkan perniagaannya di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah, dan untuk mengukuhkan hubungan rumit rantaian bekalan dan penjual semula yang mendasari usahanya untuk mengerahkan penyelesaian datanya pada skala.
Penyelesaian Microshare mewujudkan aset dunia sebenar klien Dwidigital yang membolehkan keputusan lebih baik tentang sistem operasi dan data untuk memberikan maklumat dan menguasakan inisiatif kemampanan yang memberikan impak.
Baru-baru ini syarikat telah mencapai beberapa pencapaian dalam perjanjian:
- Perjanjian dengan Aramark, firma pengurusan kemudahan terbesar di A.S., untuk Microshare menyediakan tunjang teknologi bagi penyelesaian AIWX Connect Predictive Cleaning, kini dikerahkan di hospital, stadium utama dan infrastruktur lain;
- Perjanjian dengan kerajaan British dan University of Leeds bagi pengujian peranti boleh dipakai penjejakan kontak untuk pengurangan jangkitan dalam puluhan persekitaran penjagaan warga emas;
- Pembaharuan kontrak global untuk peranti boleh dipakai Penjejakan Kontak Universal untuk loji pengeluaran GSK di seluruh dunia, kemudahan ibu pejabat Rent-A-Center dan beberapa klien lain dalam sektor Tenaga/Logistik.
Perihal Avenue Sustainable Solutions
Avenue Sustainable Solutions Fund, L.P. berhasrat untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan kreatif kepada syarikat dengan pertumbuhan tinggi yang dapat menunjukkan hasil alam sekitar yang boleh diukur dan positif bersama-sama pulangan kewangan yang berdaya saing. Avenue Sustainable Solutions secara umumnya memfokus kepada syarikat Amerika Utara dalam segmen pasaran terabai yang diwujudkan oleh jurang pembiayaan yang semakin lebar antara bank komersial dengan dana hutang yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut tentang Avenue Capital Group, iaitu sebuah firma pelaburan global dengan aset yang dianggarkan berjumlah kira-kira $11.7 bilion setakat 30 September 2021, sila lawati www.avenuecapital.com.
Perihal Microshare
Suite EverSmart yang dilengkapi penyelesaian Kemudahan Pintar milik Microshare dikerahkan pada skala di seluruh dunia untuk membawakan keselamatan, kesejahteraan, penjimatan kos dan kemapanan data kepada aset hartanah klien kami. Microshare ialah peneraju dalam aplikasi LoRaWAN dan merupakan ahli LoRa Alliance®. www.microshare.io
Maklumat Hubungan: Simon Redgate sredgate@microshare.io +44(0)7850112703
Foto: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/df48c883-9f8a-4e04-823a-5e421d771217/ms