TaskUs Umumkan Pengembangan di Asia dan Eropah

Peneraju penyumberan luar terus berkembang dengan tiga lokasi baharu pada tahun 2022


NEW BRAUNFELS, Texas, Dec. 15, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- TaskUs, Inc. (Nasdaq: TASK), penyedia perkhidmatan digital penyumberan luar dan pengalaman pelanggan generasi mendatang kepada syarikat teknologi inovatif dan pengganggu, hari ini mengumumkan rancangan pengembangan di tiga negara baharu: Malaysia, Poland dan Romania.

TaskUs telah menyaksikan pertumbuhan eksponen tahun ke tahun sejak 2008. Daripada lima pekerja di pejabat satu bilik di Manila hingga kini lebih 35,600 pekerja merentas lebih 20 tapak di lapan negara yang berbeza, TaskUs meneruskan pertumbuhannya di Asia dan Eropah.

TaskUs telah memilih Kuala Lumpur, Malaysia untuk pengembangan Asia Tenggaranya disebabkan infrastruktur teknologi bertaraf dunia, tenaga buruh berbilang bahasa serta persekitaran kerja-dan-hibur di ibu negara itu. Begitu juga, kedua-dua Łódź, bandar ketiga terbesar di Poland dan Iaşi, bandar kedua terbesar di Romania, mempunyai budaya yang dinamik dan bertenaga serta kumpulan penutur dwibahasa yang berpendidikan tinggi.

Sudah beroperasi dalam hab teknologi dan pendidikan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Taiwan dan India, TaskUs menyedari bahawa lokasi ini menawarkan kualiti kehidupan yang cemerlang yang disokong oleh TaskUs untuk pekerjanya, menghasilkan kualiti perkhidmatan yang luar biasa yang ditawarkannya kepada pelanggannya.

“Visi kami ialah untuk memberi impak positif kepada jenama terbaik di dunia, individu yang berhubung dengan kami dan komuniti global kami,” kata Bryce Maddock, Ketua Pegawai Eksekutif TaskUs dan Pengasas Bersama. “Pertumbuhan ini membolehkan Us untuk berkongsi budaya yang Sangat Baik dengan lebih ramai individu di seluruh dunia, menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan mentakrifkan semula industri penyumberan luar.”

Operasi di lokasi baharu ini dijangka bermula dalam separuh pertama 2022. Rakan sepasukan akan memulakan perjalanan mereka dari rumah mereka yang selesa dan selamat melalui model Work@Home oleh TaskUs, Cirrus, atau di hab pejabat sementara ketika syarikat membina kemudahan terkini yang dikenali ramai.

TaskUs mempunyai reputasi sebagai peneraju dalam menyediakan pengalaman, faedah, peluang pembelajaran dan pembangunan kerjaya serta program yang terbaik untuk pekerjanya. Syarikat ini mempunyai pasukan Kesejahteraan & Kebingkasan yang terbaik dalam kelasnya, hanya fokus kepada menjaga kesejahteraan semua pekerja. Syarikat itu juga baru-baru ini melancarkan Yuran Tuisyen global dan Program Pembayaran Balik Pembangunan Profesional yang menyokong pekerja melanjutkan pelajaran mereka, dan Akademi yang menawarkan pensijilan dan bimbingan untuk pekerja yang mengorak langkah seterusnya dalam kerjaya mereka.

TaskUs telah diiktiraf secara konsisten sebagai salah satu tempat terbaik untuk bekerja di dunia, dengan pengiktirafan antaranya daripada Business Intelligence Group, Stevies Awards, Comparably dan Investors in People.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TaskUs, lawati https://www.taskus.com atau akaun media sosial berikut:

Perihal TaskUs

TaskUs (Nasdaq: TASK) ialah penyedia perkhidmatan digital penyumberan luar dan pengalaman pelanggan generasi mendatang kepada syarikat teknologi inovatif dan pengganggu, membantu pelanggannya mewakili, melindungi dan mengembangkan jenama mereka. Dengan memanfaatkan infrastruktur berasaskan awan, TaskU memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam sektor yang paling pesat berkembang, termasuk media sosial, e-dagang, permainan, media penstriman, penghantaran makanan dan perkongsian kenderaan, HiTech, FinTech dan HealthTech. Sehingga 30 September 2021, TaskUs mempunyai kira-kira 35,600 pekerja di dua puluh lokasi di Amerika Syarikat, Filipina, India, Mexico, Taiwan, Greece, Ireland dan Colombia.

Pernyataan Memandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi “pernyataan memandang ke hadapan” sebagaimana yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan memandang ke hadapan termasuk semua pernyataan yang bukan fakta sejarah dan seterusnya termasuk, tanpa had, pernyataan yang mencerminkan pandangan semasa kami yang antara lain berkenaan dengan operasi kami, prestasi kewangan kami, industri kami, kesan pandemik global, COVID-19, terhadap perniagaan kami serta pernyataan bukan sejarah lain termasuk pernyataan dalam bahagian “Pandangan Suku Tahun Ketiga dan Tahun Penuh 2021” dalam siaran akhbar ini. Dalam sesetengah kes, anda boleh mengenal pasti pernyataan memandang ke hadapan ini dengan penggunaan perkataan seperti “pandangan”, “percaya”, “jangka”, “berpotensi”, “terus”, “mungkin”, “akan”, “patut”, “boleh”, “mencari”, “meramal”, “berniat”, “trend”, “merancang”, “anggaran”, “menjangkakan” atau versi negatif bagi perkataan ini atau perkataan lain yang setanding. Pernyataan memandang ke hadapan sedemikian adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Sehubungan itu, terdapat atau akan ada faktor penting yang boleh menyebabkan hasil atau keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang ditunjukkan dalam pernyataan ini. Faktor ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: pergantungan perniagaan kami kepada pelanggan utama; risiko kehilangan perniagaan atau tidak membayar daripada pelanggan penting; kegagalan kami untuk secara kos efektif memperoleh pelanggan baharu yang mempunyai pertumbuhan tinggi; risiko bahawa kami mungkin menyediakan perkhidmatan yang tidak mencukupi atau menyebabkan gangguan dalam perniagaan pelanggan kami atau gagal mematuhi piawai kualiti yang diperlukan oleh pelanggan kami di bawah perjanjian kami; pendedahan maklumat peribadi atau maklumat sensitif lain yang tidak dibenarkan atau tidak wajar, atau pelanggaran dan insiden keselamatan; publisiti negatif atau liabiliti atau kesukaran mengekalkan dan merekrut pekerja; kegagalan kami untuk mengesan dan menghalang aktiviti jenayah atau penipuan atau salah laku lain oleh pekerja kami; keadaan ekonomi dan politik global, terutamanya dalam media sosial dan industri penghantaran makanan dan pengangkutan yang menjana sebahagian besar daripada hasil kami; pergantungan perniagaan kami kepada operasi antarabangsa kami, terutamanya di Filipina dan India; kegagalan kami untuk mematuhi undang-undang dan peraturan privasi dan keselamatan data yang terpakai; peningkatan yang ketara dalam kos teknologi dan perkhidmatan telekomunikasi atau ketidakupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan ahli teknologi yang diperlukan; ketidakupayaan kami untuk menyesuaikan perkhidmatan dan penyelesaian kami kepada perubahan dalam teknologi dan jangkaan pelanggan; turun naik berbanding dolar A.S. dalam mata wang tempatan di negara tempat kami beroperasi; ketidakupayaan kami untuk mengekalkan dan meningkatkan jenama kami; tekanan harga yang kompetitif; pergantungan kami kepada pengurusan kanan dan pekerja utama; pengalaman terhad pasukan pengurusan kami dalam menguruskan syarikat awam; pandemik COVID-19 yang berterusan, termasuk ketidaktentuan ekonomi global yang diakibatkan dan langkah yang diambil sebagai tindak balas terhadap wabak itu; kawalan ahli gabungan The Blackstone Group Inc. dan Pengasas Bersama kami ke atas kami; dan struktur dwi kelas saham biasa kami. Risiko dan ketidakpastian tambahan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang diterangkan di bawah “Faktor Risiko” dalam prospektus Syarikat bertarikh 10 Jun 2021, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) menurut Peraturan 404(b)(4) Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda pada 14 Jun 2021, kerana faktor tersebut boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dalam pemfailan berkala kami dengan SEC yang boleh diakses di laman web SEC di www.sec.gov. Faktor ini tidak boleh diertikan sebagai menyeluruh dan harus dibaca bersama dengan pernyataan amaran lain yang disertakan dalam penyata pendaftaran. TaskUs tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara terbuka sebarang pernyataan prospektif, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan masa hadapan atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungan Media:

David de Castro

TaskUs

david.decastro@taskus.com

Rohj Mariano

TaskUs

rohj.mariano@taskus.com