Crurated Bekerjasama Dengan lebih 50 Pengeluar Wain Eropah yang Terkemuka di Dunia untuk Meraih Dana dalam Usaha Bantuan Ukraine


Pengeluar popular termasuk Louis Roederer Cristal, Domaine Meo-Camuzet, dan Domaine Dujac menawarkan beratus-ratus botol wain untuk dilelong dengan nilai pralelongan sebanyak $100,000

Setiap botol yang dijual termasuk akses kepada NFT eksklusif yang mengesahkan ketulenan, sejarah pemilikan, vintaj, lokasi ladang anggur, jenisnya dan banyak lagi

LONDON, March 14, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pengeluar wain terkemuka di dunia memberikan respons yang inovatif terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine. Crurated, komuniti wain keahlian yang berpangkalan di London ditubuhkan untuk menghubungkan connoisseur dengan pengeluar bertaraf dunia, telah mengumumkan akan mengkhususkan satu minggu pada 14-20 Mac 2022 untuk The All Heart Auction, sebuah acara dalam talian yang melelong wain nadir daripada pengeluar terkemuka di dunia untuk menyokong keperluan kemanusiaan rakyat Ukraine. Antara pengeluar terpilih yang menderma wain untuk acara lelongan adalah termasuk Louis Roederer Cristal, Domaine Meo-Camuzet, Domaine Dujac dan ramai lagi. Nilai awal untuk lebih 250 botol wain yang akan dilelong adalah berjumlah $100,000. Senarai lengkap semua pengeluar yang menyertai lelongan ini disediakan di bawah.

Ahli serta bukan ahli digalakkan menyertai dan membida dalam lelongan ini. Pembida yang berminat boleh mendaftar akaun di  www.crurated.com. Mereka yang bukan ahli Crurated boleh mendaftar keahlian Explorer secara percuma. Jadi, sesiapa sahaja boleh membida pada platform Crurated dan menyertai acara untuk meraih dana ini.

100% dana yang diraih daripada lelongan ini akan diagihkan kepada Red Cross, Save The Children, UNHCR, dan UNICEF.

Pasukan ahli daripada Crurated juga telah membangunkan platform unik yang menawarkan pelanggan dengan NFT iringan dengan setiap pembelian. Direkod secara kekal pada rantaian blok, NFT mengesahkan ketulenan botol dan menyediakan butiran penting yang lain termasuk sejarah pemilikan, vintaj, lokasi ladang anggur, jenisnya dan butiran penting yang lain. NFT mudah diakses dengan mengetik pada telefon yang didayakan RFID atau NFC. Sejarah botol juga dikemas kini melalui rantaian blok baharu yang merekod setiap kali wain dijual semula dan token beralih daripada seorang pelanggan kepada pelanggan lain. Syarikat menggunakan teknologi Poligon untuk NFT dan blok rantaian.

“Saya sangat kagum melihat orang di seluruh dunia bersatu untuk membantu rakyat Ukraine. Inisiatif lelongan kami menggambarkan perasaan saya terhadap wain dan kemampuannya untuk menawarkan hadiah yang lumayan kepada dunia,” ulas Alfonso de Gaetano, Pengasas Crurated. “Platform kami juga sangat sesuai untuk inisiatif ini kerana secara automatik kami menetapkan NFT untuk setiap botol yang dihantar ke gudang kami dan disediakan pada platform. Kami menjangkakan acara lelongan yang mengujakan kerana ramai orang bermurah hati menderma wain bagi membantu mengurangkan krisis kemanusiaan.”

“Kami mempunyai hubungan yang istimewa dengan Ukraine selama lebih 20 tahun dan pernah menaja acara amal untuk membantu para penari muda dan keluarga mereka di Lviv. Kami juga pernah mengumpulkan dana untuk hospital kanak-kanak Lviv,” ulas Jean-Nicolas & Nathalie Méo, Meo-Camuzet. “Beberapa kanak-kanak yang pernah ke rumah kami untuk percutian musim panas mungkin sudah cukup umur untuk menyertai perang. Tidak sanggup kami memikirkan penglibatan mereka dalam perang ini. Semoga wain sangat istimewa yang kami derma untuk acara lelongan ini akan menerima sambutan yang hangat dan membantu menyokong keperluan rakyat Ukraine.”

Pengeluar wain bertaraf dunia yang juga menyertai lelongan ini ialah: Larmandier-Bernier, Pascal Agrapart, Pierre Péters, Suenen, Bérêche & Fils, Doyard, Moussé Fils, Salon, Vilmart & Cie, Billecart-Salmon, Geoffroy, Pierre-Yves Colin-Morey, Caroline Colin-Morey, Robert Groffier, Père & Fils, Pierre-Yves Colin-Morey, Caroline Colin-Morey, Robert Groffier Père & Fils, Georges Mugneret-Gibourg, Arnaud Baillot, Duroché, Fourrier, Denis Mortet, Dujac, Chateau Pavie, Tenuta Sette Ponti, Ceretto, Massolino, Poderi Aldo Conterno, Grattamacco, Casanova di Neri, Ciacci Piccolomini d'Aragona, Bartolo Mascarello, Biondi Santi, Argiano, Mascarello Giuseppe e Figlio, Il Marroneto, Giacomo Conterno, Montevertine, Tenuta di Trinoro, Elio Altare, Fontanafredda, Borgogno, dan Roberto Voerzio.

Perihal Crurated
Dilancarkan pada tahun 2021 serta menumpukan pada Perancis dan Itali, Crurated adalah komuniti wain berdasarkan keahlian yang ditubuhkan untuk menghubungkan connoisseur dengan pengeluar bertaraf dunia. Sepasukan pakar menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan dan pengalaman yang asli, manakala perkhidmatan logistik Crurated yang lancar menjamin kualiti dan sejarah asal-usul yang diperoleh daripada teknologi rantaian blok inovatif dan tempat simpanan wain bawah tanah yang selamat. Jika anda mahu maklumat lanjut tentang Crurated, pergi ke crurated.com.

Maklumat Hubungan:
Michael Volpatt
(415) 994-8864
michael@larkinvolpatt.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/55b86cad-5691-4932-825d-2db421ba1005

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4144ffac-f7ef-4b74-bcd0-cd2e5bb5ef78

PDF disediakan: https://ml.globenewswire.com/Resource/Download/0f1d1375-a96e-4baa-9585-d3c7484b85f3