Zoom Mengumumkan Ciri Pendidikan Baharu, Meningkatkan Pengalaman Pembelajaran Hibrid untuk Para Pendidik dan Pelajar

Zoom bertindak berdasarkan permintaan pendidik dengan keluaran sokongan latar belakang maya untuk Chromebook, mesej video dalam Sembang Zoom, peningkatan Bilik Breakout serta Undian Anywhere


SAN JOSE, Calif., April 12, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan, di persidangan negara CoSN2022, ciri baharu untuk pendidik berdasarkan permintaan daripada para guru dan pentadbir. Ciri ini melanjutkan penawaran Sembang dan Mesyuarat Zoom dan direka untuk menyokong guru yang perlu berinteraksi dan mengurus pelajar yang menyertai kelas dari jauh atau menyerahkan tugasan rumah.

Latar Belakang Maya & Kabur untuk Chromebook
Chromebook merupakan pilihan yang popular untuk pelajar dan guru. Latar belakang maya dan kabur kini tersedia untuk pengguna Aplikasi Web Progresif (PWA) Zoom untuk Chrome. Zoom membangunkan keupayaan ini selepas permintaan daripada pelbagai pelanggan pendidikan, termasuk Sekolah Awam Negeri Clayton, iaitu salah sebuah daripada 100 daerah negeri terbesar di Amerika Syarikat, yang menampung lebih daripada 52,000 pelajar di Georgia.

"Latar belakang maya dan kabur untuk Chromebook sangat bermanfaat untuk pelajar dan guru kita. Ramai pelajar berasa keberatan untuk menghidupkan kamera mereka sebelum peningkatan ciri ini," kata Rod Smith, Ketua Pegawai Teknologi, Sekolah Awam Negeri Clayton.

Peningkatan Bilik Breakout
Bilik Breakout, iaitu ciri pendidikan yang popular, juga mendapat peningkatan dalam keluaran terkini ini. Program Audio membolehkan hos mesyuarat untuk berkongsi kandungan dengan audio ke dalam Bilik Breakout, yang menambah keupayaan untuk berkongsi video dengan audio. Dengan Peningkatan integrasi LTI Pro, pendidik boleh mengisi Bilik Breakout daripada jadual kursus. Ciri ini boleh digunakan untuk menugaskan Bilik Breakout terlebih dahulu, kemudian mengisih pelajar ke dalam Bilik Breakout secara automatik.

Ciri Tambahan untuk Sembang dan Bilik Menunggu
Ciri baharu yang lain termasuk menghantar mesej audio dan video ke dalam Sembang Zoom, dan keupayaan untuk menamakan semula peserta dalam Bilik Menunggu. Video tak segerak memberi pengguna masa untuk mempertimbangkan jawapan mereka dan kemudian membuat rakaman yang diperlukan bagi mengemukakan jawapan yang direka dengan teliti. Pengguna boleh mengklik "video" di bahagian bawah klien sembang dan merakam mesej video sehingga 3 minit yang terus masuk ke dalam saluran sembang luar mesyuarat. Ciri ini berguna untuk situasi seperti pelajar menyerahkan tugasan video yang pendek. Ciri penamaan semula peserta sebelum mereka menyertai mesyuarat berguna untuk rekod kehadiran yang pelajar mungkin menggunakan peranti terkongsi, untuk mencipta kumpulan pelajar tanpa nama atau untuk mengesahkan identiti jantina.

Undian Anywhere
Undian Anywhere akan membenarkan kandungan pengundian berlangsung dalam repositori pusat yang boleh diakses daripada mana-mana mesyuarat pada akaun, dan tidak dikaitkan dengan sebuah mesyuarat tertentu. Ciri ini memudahkan cara pengajar menggunakan semula undian dan juga berguna untuk pemberian markah. Ciri ini akan tersedia tidak lama lagi.

"Kami sedang menanti-nantikan ciri Undian Anywhere," kata John J. “Ski” Sygielski, Ed.D., Presiden dan CEO HACC, Kolej Komuniti Pennsylvania Tengah. "Peningkatan pengundian akan memudahkan cara pelajar berkumpulan besar memberikan maklum balas di seluruh Kolej. Ciri ini juga lebih mudah untuk pengajar mereplikasikan kandungan untuk setiap kursus."

"Memberikan kesenangan kepada pelanggan kami ialah teras kerja kami di Zoom," kata Johann Zimmern, Ketua Strategi Pendidikan Global, Zoom. "Kami bekerja rapat dengan pelanggan K-12 dan pendidikan tinggi global kami, dengan meneliti permintaan mereka dan melibatkan mereka dalam pembangunan ciri. Hasil daripada usaha ini, Zoom dapat membangunkan ciri pendidikan baharu yang menakjubkan ini."

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang ciri pendidikan baharu Zoom, sila lihat blog kami di sini.

Perihal Zoom
Zoom adalah untuk anda. Zoom ialah ruang yang membolehkan anda berhubung dengan orang lain, berkongsi idea, membuat rancangan, dan membina masa depan mengikut imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya, dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami merupakan pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan selamat untuk perusahaan besar, perniagaan kecil dan individu seumpamanya. Diasaskan pada tahun 2011, Zoom didagangkan secara umum (NASDAQ:ZM) dan beribu pejabat di San Jose, California. Lawati zoom.com dan ikuti @zoom.

Perhubungan Awam Zoom
Beth McLaughlin
Pakar PR
press@zoom.us