LONDON, Feb. 12, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- McLaren Racing hari ini mengumumkan Optimum Nutrition, jenama pemakanan sukan nombor satu dunia, sebagai Rakan Pemakanan Sukan Rasmi Pasukan Formula 1 McLaren untuk musim tahun 2024 dan seterusnya.
Dengan tumpuan utama kepada pemandu Pasukan F1 McLaren dan krew pit, perkongsian itu menyatukan dua jenama dengan prestasi manusia yang tinggi sebagai keutamaan mereka yang sentiasa berusaha ke arah lebih baik. Optimum Nutrition akan menyokong prestasi, kesihatan dan kesejahteraan pasukan dengan produk pemakanan sukan yang diterajui sains dan dipacu oleh inovasi, memastikan pasukan dapat menyerlahkan potensinya sepanjang musim 2024.
Dengan pencapaian pasukan pada musim tahun 2023 – termasuk memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk hentian pit terpantas, dengan hentian 1.80 saat di Grand Prix Qatar, Optimum Nutrition akan membantu semua ahli pasukan McLaren kekal di puncak prestasi mereka.
Penjenamaan Optimum Nutrition akan dipaparkan pada overal dan kit persediaan krew pit serta overal pemandu untuk Pemandu Formula 1 McLaren Lando Norris dan Oscar Piastri.
Matt Dennington, Pengarah Eksekutif, Perkongsian & Pemecut, McLaren Racing, berkata:
“Kami amat mengalu-alukan penyertaan Optimum Nutrition ke dalam pasukan. Kami beroperasi dalam persekitaran berprestasi tinggi dan kakitangan kami adalah aset terpenting. Jadi, sokongan Optimum Nutrition terhadap dorongan berterusan kami untuk penambahbaikan dan kecemerlangan dalam semua perkara yang kami lakukan merupakan sesuatu yang hebat.”
Colin Westcott-Pitt, Ketua Pegawai Jenama Global, Glanbia Performance Nutrition, berkata:
“Kami gembira kerana Optimum Nutrition, yang dipercayai oleh semua jenis atlet pelbagai sukan selama 35 tahun, telah menyertai McLaren Racing sebagai Rakan Pemakanan Sukan Rasmi. McLaren dan Optimum Nutrition, kedua-duanya berdedikasi terhadap prestasi dan kecemerlangan kemuncak manusia. Disebabkan itu, kami sangat teruja untuk bekerjasama semasa musim F1 akan datang.”
TAMAT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
- Fran Campbell, Eksekutif Komunikasi, McLaren Racing
fran.campbell@mclaren.com / +44 (0) 7442 692 253
- Daniel Funston, Pengarah Akaun (Sukan), Kumpulan PHA / Optimum Nutrition
optimumnutrition@thephagroup.com / +44 (0) 7864 506 541
Perihal McLaren Racing
McLaren Racing diasaskan oleh pemandu lumba Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan itu memasuki perlumbaan Formula 1 pertamanya pada tahun 1966. Sejak itu, McLaren telah memenangi 20 kejuaraan dunia Formula 1, 183 grand prix Formula 1, tiga kali Indianapolis 500 dan Le Mans 24 Jam pada percubaan pertamanya.
McLaren Racing bersaing dalam lima siri perlumbaan. Pasukan ini bersaing dalam Kejohanan Dunia Formula 1 FIA dengan pemandu McLaren F1 Lando Norris dan Oscar Piastri, SIRI NTT INDYCAR dengan pemandu Arrow McLaren Pato O'Ward, Alexander Rossi dan David Malukas, Kejohanan Dunia Formula E ABB FIA dengan Pemandu Pasukan Formula E NEOM McLaren Jake Hughes dan Sam Bird, serta Kejohanan Extreme E sebagai Pasukan NEOM McLaren Extreme E. Pasukan ini juga bersaing dalam Kejuaraan Perlumban F1 Sim sebagai McLaren Shadow dan telah memenangi Kejohanan Pembina dan Pemandu 2022.
McLaren ialah juara kemampanan dalam sukan tersebut dan menandatangani Komitmen Sukan PBB untuk Tindakan Iklim. Komitmen tersebut komited untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2040 dan memupuk budaya yang pelbagai dan inklusif dalam industri sukan permotoran.
McLaren Racing – Laman Web Rasmi
Perihal Optimum Nutrition
Sebahagian daripada Glanbia Performance Nutrition (GPN), Optimum Nutrition ialah jenama pemakanan sukan #1 dunia*, menghasilkan pelbagai jenis suplemen makanan dan minuman berkhasiat yang berkualiti tinggi untuk menyokong gaya hidup aktif dan sihat, termasuk serbuk protein, produk tenaga dan bar protein sedia untuk dimakan. Selama lebih 35 tahun, Optimum Nutrition telah menetapkan standard untuk produk yang dipercayai dan dengan bangganya menghasilkan Optimum Nutrition Gold Standard 100% Whey™ iaitu serbuk protein yang paling dipercayai dan mendapat ulasan di dunia. Produk Optimum Nutrition dijual di lebih 90 buah negara di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://www.optimumnutrition.com/en-us dan ikuti jenama di Instagram, TikTok dan YouTube.
*Sumber: Euromonitor International Limited; edisi Kesihatan Pengguna 2024, kategori Pemakanan Sukan, % bahagian nilai runcit, data 2023.
Gambar yang disertakan bersama-sama pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/751060d3-0636-4356-8d80-5cbf7489d5b6