Meliputi Perkembangan Terkini Alergi dan Imunologi Klinikal di Kongres EAACI 2024 di Valencia, Sepanyol


EAACI Congress 2024

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d32f0dd2-5510-4922-aead-62719b31e294

VALENCIA, Sepanyol, March 19, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Akademi Alergi dan Imunologi Klinikal Eropah (EAACI), dengan lebih 16,000 keahlian daripada 125 negara, merancang kongresnya dengan rapi setiap tahun untuk mendedahkan kajian terkini dan kemajuan inovatif dalam alergi dan imunologi klinikal. Kami teruja untuk menjemput anda ke Kongres EAACI 2024 akan datang, yang dijadualkan untuk diadakan di Valencia dari 31 May hingga 3 Jun 2024.
Dalam usaha untuk memberi anda pengalaman yang imersif, kami akan menawarkan kawasan media yang ditetapkan yang mana anda boleh menjadualkan wawancara dengan doktor dan penyelidik bidang yang terkemuka.

Daftar secara percuma

LOKASI:
Tempat kami, Feria de Valencia, ialah pusat konvensyen dan pameran berprestij yang terkenal dengan kemodenan dan kepelbagaian. Tambahan pula, acara ini akan dijalankan di bandar Valencia yang meriah, terkenal dengan keharmonian dalam kewujudan bersama tradisi dan kemodenan.

PROGRAM:
Program Saintifik akan merangkumi seluruh spektrum Alergi dan Imunologi Klinikal. Di bawah tema utama “Merevolusikan Penjagaan Pesakit Melalui Kuasa Sains Data”, kongres kami berjanji untuk memberi anda perjalanan intelektual yang luar biasa. Kami berbesar hati untuk mempersembahkan program berbeza dan dinamik yang menampilkan 150 sesi saintifik yang telah dirancang dengan teliti untuk memberi anda maklumat dan inspirasi.

TOPIK KONGRES:

  • Sains Persekitaran: Sertai perbualan untuk memahami bagaimana isu persekitaran telah meningkatkan penyakit alergi dengan ketara seperti asma bronkial, alergi konjunktivitis rhino dan dermatitis atopik dalam negara-negara perindustrian beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Alergi Makanan: Isu kesihatan penting yang semakin tersebar luas di kawasan metropolitan dan impak yang signifikan terhadap nyawa pesakit yang menghidapi alergi. Kami akan membincang tentang pendekatan terunggul untuk menguruskan alergi makanan.
  • Inovasi dalam Imunoterapi: Ketahui pembangunan revolusi dalam imunoterapi alergen, satu cara yang mengubah lanskap rawatan alergi. Belajar tentang kemajuan terkini dalam aplikasi imunoterapi.
  • Alergi Pediatrik: Meneroka kejadian alergi yan meningkat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia dan factor-faktor yang mengakibatkan fenomena ini. Dapatkan pandangan tentang inisiatif global demi mengatasi alergi pediatrik dan usaha kolaboratif untuk mempertingkatkan kesejahteraan individu muda yang terjejas akibat alergi.

KOL EAACI
Dalam pautan ini, anda akan menemui jawatankuasa kami yang berdedikasi, terdiri daripada doktor dan saintis terkenal dari pelbagai kewarganegaraan, tersedia untuk wawancara dan laporan.

SIARAN AKHBAR: https://eaaci.org/news/

MEDIA SOSIAL:

Audio siar: https://linktr.ee/eaaci
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/eaaci/
Instagram: @eaaciHQ
Twitter: @EAACI_HQ
Facebook: https://www.facebook.com/EAACI
HUBUNGI: communications@eaaci.org

TANDA PAGAR: #EAACIannualCongress