Mavenir Berinovasi dengan Intel untuk Menyepadukan AI dalam Perisian Open RAN Komersial Mavenir

Syarikat melakukan demo peningkatan TDD mMIMO dengan model pembentuk pancaran AI pada perkakasan berasaskan pemproses Intel-Xeon

Richardson, Texas, U.S.


NEW DELHI, India, Oct. 15, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) --  Mavenir, sebuah syarikat penyedia infrastruktur rangkaian natif awan yang membangunkan masa depan rangkaian, bekerjasama dengan Intel untuk mempelopori penyelesaian Open RAN AI/ML yang inovatif untuk menambah baik masalah sempadan selular yang mencabar yang memberi kesan kepada Kualiti Pengalaman pengguna.

Mavenir telah menempa kejayaan besar dalam teknologi Open RAN melalui kerjasama dengan Intel untuk membuktikan penyelesaian Berbilang Input Berbilang Output (MIMO) besar-besaran TDD 32TRX yang didayakan AI. Syarikat itu telah berjaya menyepadukan model AI RAN Intel untuk pengurusan pancaran dan perisian rujukan FlexRAN™ dengan perisian mMIMO vDU komersial Mavenir untuk menghasilkan prestasi rangkaian dan pengalaman pengguna yang dipertingkat. Model AI RAN Intel yang dilatih pada set data model saluran 3GPP mengoptimumkan berat, arah dan bilangan lapisan pancaran untuk memaksimumkan keupayaan celusan UE. Penyelesaian yang menggabungkan Mavenir dengan Intel itu direka bentuk untuk meningkatkan prestasi dalam persekitaran radio yang mencabar, seperti dalam senario sempadan selular dan bangunan tinggi, serta boleh digunakan untuk pemasangan TDD dan juga FDD.

Bejoy Pankajakshan yang merupakan Ketua Pegawai Strategi dan Teknologi Mavenir menekankan kepentingan penyepaduan teknologi ini dengan berkata: "Kerjasama terbaru antara Mavenir dan Intel ini menyerlahkan potensi menarik AI/ML untuk meningkatkan keupayaan Open RAN dan menjanjikan kecekapan rangkaian yang lebih kukuh dan pengalaman pengguna yang dipertingkat. Penyepaduan algoritma AI/ML pihak ketiga yang inovatif dengan pakej lengkap perisian RAN komersial termaju Mavenir merintis banyak potensi masa hadapan untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih pantas dan memajukan ekosistem Open RAN 5G. Dengan menerajui industri Open RAN, kami membolehkan perkongsian transformatif seperti kerjasama kami dengan Intel, yang membuka jalan bagi penyelesaian unik untuk mengoptimumkan keupayaan rangkaian bagi manfaat pengendali dan pengguna akhir.”

“Pemecutan AI bersepadu oleh pemproses Intel Xeon berserta Kit Pembangunan AI vRAN Intel membolehkan pengendali menjalankan pelbagai beban kerja AI RAN menggunakan peralatan berasaskan CPU yang sedia ada," kata Cristina Rodriguez, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Penyelesaian Komunikasi Intel. “Kerjasama dan demonstrasi kami dengan Mavenir menyerlahkan potensi besar AI untuk memperkaya pengalaman pengguna oleh pelanggan dan memberikan perbezaan yang kompetitif kepada pengendali mudah alih.”

Penyelesaian pengurusan pancaran yang didayakan AI ini akan didemonstrasikan pada Kongres Mudah Alih India (#IMC2024) yang akan berlangsung pada 15-18 Oktober di ruang pameran Intel di reruai bernombor 3.3 dalam Dewan 3.

*Intel, logo Intel dan tanda Intel yang lain ialah tanda dagangan Intel Corporation atau anak syarikatnya.

Perihal Mavenir

Mavenir sedang membina masa depan rangkaian hari ini dengan penyelesaian natif awan, yang didayakan AI dengan reka bentuk hijau, memperkasakan pengendali untuk merealisasikan faedah 5G dan mencapai rangkaian pintar, automatik dan boleh diprogramkan. Sebagai perintis Open RAN dan penggugat industri yang terbukti, penyelesaian Mavenir yang memenangi anugerah menyampaikan automasi dan pengewangan merentasi rangkaian mudah alih di seluruh dunia, mempercepatkan transformasi rangkaian perisian untuk lebih 300 Pembekal Perkhidmatan Komunikasi di lebih 120 negara, yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 50% pelanggan di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.mavenir.com

Hubungan PR Mavenir:
Emmanuela Spiteri
PR@mavenir.com