CP Kelco Mengumumkan Niat untuk Meningkatkan Lagi Kapasiti Pektin Setelah Siapnya Perluasan Loji Brazil


ATLANTA, Dec. 19, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sebagai respon kepada permintaan global yang berkembang pesat, CP Kelco telah mengumumkan niatnya untuk mengembangkan lagi kapasiti pengeluaran pektinnya di Eropah, setelah selesai siri projek perluasan di fasiliti pengeluarannya di Brazil. 

“Kami terus melihat peluang yang besar dan perkembangan bagi pektin di semua pasaran global, kerana pelanggan semakin cenderung ke arah ramuan yang berasas semula jadi dan berkualiti tinggi dalam makanan dan minuman mereka,” kata Susanne Sörgel, pengarah platform strategik bagi barisan produk pektin CP Kelco. “Meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran kami akan membantu dalam memastikan CP Kelco berada dalam posisi terbaik untuk menyokong keperluan pelanggan yang semakin berubah merentasi kedua-dua ekonomi maju dan pasaran membangun.”

Perluasan loji syarikat ini yang selesai baru-baru ini di Brazil telah meningkatkan kapasiti pektin bagi fasiliti berkenaan sebanyak 30 peratus. Perluasan ini secara signifikan telah mengukuhkan kemampuan loji Brazil berkenaan untuk mengeluarkan portfolio yang luas bagi gred pektin, menggunakan teknologi baru dan lestari serta sumber bahan mentah tempatan.

CP Kelco adalah pengeluar terkemuka dunia bagi pektin, ramuan khas yang diperbuat daripada kulit sitrus dan digunakan dalam pelbagai jenis makanan, minuman, produk penjagaan peribadi dan barang kegunaan yang lain.

Tentang CP Kelco

Beribu pejabat di Atlanta, Georgia, AS, dan sebahagian daripada J.M Huber Corporation, CP Kelco adalah pengeluar terkemuka hidrokoloid istimewa dengan pejabat dan fasiliti di seluruh pelosok dunia. Dengan berbagai-bagai jenis penyelesaian hidrokoloid dan berkhidmat di lebih 100 buah negara, CP Kelco menggunakan kemampuannya untuk membawa konsep dan idea kepada produk dunia sebenar dengan berbagai-bagai jenis kegunaan. Ramuan istimewa syarikat ini terdapat dalam banyak jenis kegunaan industri, produk pengguna dan isi rumah, serta disuaikan untuk memenuhi keperluan pelanggan serantau. Barisan produk pentingnya adalah Gam GellanPektinGam Selulosa, Diutan Gum, Gam XanthanKaragenan dan Pekatan Protein Wei Mikrozarahan, dan juga biopolimer-biopolimer unik yang lain. Lawati www.cpkelco.com untuk maklumat lanjut.

HUBUNGAN:
Michele Cacdac-Jones
Pengarah Komunikasi 
Pejabat: +1 678 247 7149
michele.cacdac-jones@cpkelco.com