Lebih 100 Rakan Kongsi Saluran dalam Percubaan dengan BroadSoft Team-One di Seluruh Dunia


  • Percubaan Team-One sedang berlangsung dengan lebih 100 rakan kongsi di seluruh dunia (termasuk 3 daripada 4 penyedia telekomunikasi terkemuka mengikut hasil), dengan 42 rakan kongsi saluran di Amerika Utara, 50 di EMEA dan 12 di pasaran APAC dan CALA
  • Team-One merupakan aplikasi kerjasama pasukan dan produktiviti peribadi yang menyepadukan komunikasi yang disatukan dan mengoptimumkan penggunaaan Kecerdasan Kontekstual (Contextual Intelligence)
  • BroadSoft dan rakan kongsinya bermatlamat untuk menyelesaikan masalah aplikasi pemesejan perusahaan berdiri tunggal zaman ini yang menyebabkan maklumat berlimpahan dan menjejaskan produktiviti

GAITHERSBURG, Md., April 12, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), iaitu peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi disatukan, kerjasama dan pusat perhubungan (UCaaS) hari ini mengumumkan bahawa lebih 100 rakan kongsi saluran, yang memberi perkhidmatan kepada berjuta pelanggan perniagaan di seluruh dunia, sedang dalam percubaan dengan BroadSoft Team-One.

Ketakupayaan aplikasi perniagaan masa kini yang terasing dan juga mahal untuk menyepadukan antara satu sama lain sedang menyebabkan alat kerjasama melimpah, dan merupakan penyebab utama mengapa seseorang pekerja biasa membazirkan hampir 20% daripada minggu mereka dengan hanya mencari dan mengumpul maklumat. Pada November 2016, BroadSoft bertekad untuk menyelesaikan cabaran pasaran ini. Perkara ini membawa kepada pelancaran Team-One, iaitu satu penyelesaian kerjasama pasukan dan produktiviti peribadi yang berkeupayaan tinggi yang menempatkan semua tugas, fail, mesej dan nota yang diperlukan oleh pengguna perniagaan di satu tempat, bersama dengan ciri persidangan video, klik untuk membuat panggilan, perkongsian skrin dan penyepaduan dengan aplikasi perniagaan yang popular.

Dalam hanya beberapa bulan selepas pelancarannya, BroadSoft Team-One telah mengasingkan dirinya dengan aplikasi pemesejan perusahaan dan perbualan kumpulan yang berdiri tunggal dengan penyedia perkhidmatan penyelesaian yang bersepadu dan mampu milik yang boleh digunakan dengan segera di pasaran, bersama dengan set keupayaan yang menyeluruh, termasuk:

  • Kecerdasan Kontekstual (CI) & bot terbina di dalam – CI Team-One menambah baik komunikasi satu dengan satu dengan mencari aplikasi awan pengguna untuk mendapatkan dokumen, mesej dan kandungan yang berkaitan dengan perbualan atau mesyuarat yang sedang berlangsung.
  • Penyepaduan telefoni dan UC – Team-One menyepadukan ruang kerja pasukan yang berterusan dengan ciri klik untuk membuat panggilan, persidangan video segera HD dan perkongsian skrin tersedia melalui aplikasi BroadSoft Business UC-One merentasi apa-apa peranti.
  • Pengurusan Tugas dan Projek – Team-One membolehkan pengguna untuk memiliki keupayaan untuk mencipta, menugaskan dan menjejaki tugas untuk setiap projek bagi meringkaskan proses aliran kerja. 
  • Produktiviti Peribadi – Model ruang kerja Team-One memberi pengguna alat produktiviti peribadi yang dirangkumkan oleh beberapa aplikasi berasaskan pemesejan lain, termasuk: bacaan harian, ringkasan tugas, penyepaduan e-mel dan kalendar dan keupayaan untuk mengetag dan mencari apa-apa sahaja.

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan BroadSoft bagi menambah Team-One kepada portfolio kami. Rakan kongsi penjual kami telah menggunakan penyelesaian The Voice Factory di lebih 21 negara dan dengan penambahan pusat data berpangkalan di Eropah, Team-One kini berkedudukan baik untuk menjadi tambahan yang besar kepada portfolio produk BroadSoft Business kami,” kata Paul Harrison, Pengarah Urusan The Voice Factory, iaitu penyedia perkhidmatan yang beribu pejabat di United Kingdom.

“Semenjak BroadSoft memperkenalkan Team-One kepada rakan kongsi dan perniagaan saluran, keadaan semakin jelas menunjukkan bahawa  tenaga kerja moden memerlukan ruang kerja komunikasi tunggal yang disatukan yang menyepadukan segala perkara yang diperlukan oleh pekerja di hujung jari mereka,” kata Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft. “Usul kami yang bernilai ini sedang mendapat respons yang baik kerana kami sedang meningkatkan produktiviti dengan menyatukan orang, perbualan dan kandungan bersama-sama di satu tempat untuk melakukan lebih banyak perkara.”

Team-One ialah sebahagian daripada BroadSoft Business, iaitu portfolio bersepadu penuh bagi perusahaan ciri awan sedia diguna, komunikasi disatukan, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat perhubungan, yang disampaikan di dalam awan. BroadSoft Business boleh memberi faedah kepada semua segmen pasaran, dan merangkumi tiga aplikasi teras: UC-One, Team-One, CC-One, dengan BroadSoft Hub membekalkan kecerdasan kontekstual di seluruh platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang diperlukan oleh mereka di satu tempat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan Team-One, tonton video di sini.

Pernyataan yang Memandang Ke Hadapan:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan yang memandang ke hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti berdasarkan penggunaan istilah dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta istilah dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, pernyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan BroadSoft akibat daripada penggunaan tawaran Team-One dan BroadSoft Business. Hasil kejadian yang diterangkan dalam pernyataan yang memandang ke hadapan ini adalah tertakluk pada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh pernyataan yang memandang ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad pada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan Team-One oleh pelanggan pembekal perkhidmatannya dan juga kerana faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2016, yang difailkan dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, atau SEC, pada 23 Februari 2017, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini adalah pada 11 April 2017. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan kepada umum yang dibuat di dalam ini atas apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.

Mengenai BroadSoft:

BroadSoft ialah pereka baharu teknologi dalam penyelesaian komunikasi awan, kerjasama dan pusat perhubungan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami merupakan peneraju syer pasaran bagi komunikasi bersatu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 pembekal perkhidmatan terbaik di dunia mengikut hasil. Rangkaian aplikasi BroadSoft Business kami memperkasa pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja bagi tujuan untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
Twitter | LinkedIn | Work It!


            

Contact Data

GlobeNewswire