SINGAPURA, Sept. 27, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Aryaka®, peneraju penyedia SD-WAN global, mengumumkan pada hari ini bahawa syarikat tersebut akan mempamerkan SmartCONNECT dan SmartACCESS iaitu SD-WAN tanpa klien pertama miliknya, di IDC dan Media Rangkaian Eksekutif bagi Sidang Kemuncak CIO 2017, perhimpunan CIO pertama di rantau Asia pada 26 September, bertempat di Marina Bay Sands and Convention Centre. Aryaka merupakan penaja dan pempamer di acara tersebut yang membolehkan CIO dan eksekutif kanan di Asia sedar tentang arah aliran global terkini dalam bidang IT dan kesannya ke atas industri mereka.
Eksekutif Aryaka menyertai acara tersebut untuk membincangkan:
- Kesan penghijrahan perusahaan ke awan (cloud) dan aplikasi SaaS terhadap trafik dan reka bentuk WAN
- Batasan rangkaian MPLS dalam persekitaran WAN perusahaan tradisional dan keperluan terhadap pendekatan alternatif
- Baik dan buruk pengerahan SD-WAN untuk perusahaan yang dijalankan secara global
- Cara terbaik untuk meningkatkan prestasi aplikasi dan juga mengurangkan kos dan kerumitan IT, menggunakan SD-WAN global
SD-WAN global Aryaka membantu perusahaan antarabangsa menyediakan aplikasi awan dan aplikasi di premis dengan prestasi lebih tinggi kepada pusat data, pejabat cawangan dan pekerja jauh atau mudah alih perusahaan di seluruh dunia. Penyelesaian ini kini digunakan di lebih daripada 700 buah perusahaan global dengan tapak di 63 buah negara dan segera menjadi satu-satunya penyelesaian penggantian MPLS yang berdaya maju dalam pasaran pada hari ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SD-WAN global, pemenang anugerah milik Aryaka, anda boleh singgah di booth Aryaka (Booth Pameran # B04) di acara tersebut atau lawati www.aryaka.com.
Mengenai Aryaka
Aryaka mengubah cara perusahaan global menghubungkan tapak dan pengguna di seluruh dunia. Ia menggunakan aplikasi khusus untuk menyokong permintaan pelaksanaan perniagaan moden. SD-WAN Global milik Aryaka menggabungkan rangkaian bertujuan peribadi, SD-WAN, teknik untuk pengoptimuman dan pemecutan, sambungan ke platform awan dan kebolehlihatan rangkaian dalam penyelesaian tunggal yang ditawarkan sebagai perkhidmatan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati www.aryaka.com. Ikuti kami di Twitter, Facebook, YouTube dan LinkedIn.
Hubungan Media Aryaka
Shehzad Karkhanawala
Pengarah Pemasaran
408-273-8420
pr@aryaka.com