Abiomed Mengumumkan Hasil S2 BT 2018 Berjumlah $132.8 Juta, Peningkatan 29% dan Rekod Penggunaan Pesakit A.S. Meningkat Sebanyak 33%


DANVERS, Massachusetts, Oct. 27, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Abiomed, Inc. (NASDAQ:ABMD), peneraju pembekal bagi kejayaan cemerlang teknologi sokongan jantung, hari ini melaporkan hasil bagi suku kedua tahun fiskal 2018 berjumlah $132.8 juta, peningkatan sebanyak 29% berbanding hasil $103.0 juta untuk tempoh masa yang sama pada tahun fiskal 2017. Pendapatan bersih GAAP bagi suku kedua tahun fiskal 2018 berjumlah $24.5 juta atau $0.54 bagi setiap saham yang dicairkan, berbanding pendapatan bersih GAAP berjumlah $8.9 juta atau $0.20 bagi setiap saham yang dicairkan pada tahun sebelumnya.

Sorotan kewangan dan operasi semasa suku kedua tahun fiskal 2018 termasuk:

  • Hasil serata dunia daripada pam jantung Impella berjumlah $127.4 juta, peningkatan sebanyak 30% berbanding keuntungan $97.9 juta untuk tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya. Hasil A.S. daripada pam Impella meningkat sebanyak 27% kepada $113.6 juta dan penggunaan pesakit A.S. meningkat sebanyak 33%. 

  • Di luar A.S., hasil daripada pam jantung Impella berjumlah $13.8 juta dan meningkat sebanyak 61%, terutamanya dari Jerman, yang meningkatkan hasil 64% daripada tahun sebelumnya dengan rekod bilangan pesakit.

  • Lokasi pemasangan untuk pam jantung Impella 2.5® dalam A.S. bertambah 17 hospital, yang melakukan pembelian awal pam jantung Impella, menjadikan tapak pelanggan terpasang sebanyak 1,171 tapak. Tapak pelanggan terpasang untuk pam jantung Impella CP® meningkat sebanyak 31 hospital baharu di A.S., menjadikan jumlah keseluruhan tapak Impella CP kepada 1,093. Tapak pelanggan terpasang untuk pam jantung Impella 5.0® meningkat sebanyak 12 hospital baharu di A.S., menjadikan jumlah keseluruhan tapak Impella 5.0 kepada 484.

  • Tambahan 44 tapak telah melakukan pembelian awal pam jantung Impella RP® semasa suku tahun tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan tapak kepada 186.

  • Margin kasar sebanyak 84% berbanding 83% pada tahun sebelumnya.

  • Pendapatan operasi berjumlah $31.7 juta atau 24% margin operasi, berbanding $14.5 juta atau 14% margin operasi pada tahun sebelumnya. 

  • Pendapatan bersih GAAP berjumlah $24.5 juta atau $0.54 bagi setiap saham yang dicairkan, yang dimanfaatkan daripada standard perakaunan baharu yang memerlukan $4.5 juta, atau $0.10 bagi setiap saham yang dicairkan, daripada faedah cukai berlebihan berhubung pemberian pampasan berdasarkan saham kepada pekerja untuk direkodkan sebagai pengurangan perbelanjaan cukai pendapatan. Berbanding pendapatan bersih GAAP sebanyak $8.9 juta atau $0.20 bagi setiap saham yang dicairkan pada tahun sebelumnya, sebelum standard perakaunan baharu.

  • Syarikat menjana $30.1 juta dalam bentuk tunai, kesamaan tunai dan sekuriti boleh pasar, berjumlah $319.2 juta pada 30 September 2017, berbanding $289.1 juta pada 30 Jun 2017. Syarikat pada ketika ini tidak mempunyai hutang.

  • Pada 20 September 2017, Abiomed telah menerima kelulusan FDA PMA untuk pam jantung Impella RP. Dengan kelulusan ini, pam jantung Impella RP adalah satu-satunya peranti sokongan ventrikel sementara perkutaneus yang diluluskan FDA sebagai selamat dan berkesan untuk kegagalan jantung kanan.

  • Hari ini, dalam sebaran akhbar berlainan, Abiomed mengumumkan pelepasan pesakit pertama yang dirawat dengan pam jantung Impella® di Jepun. Pam jantung Impella 2.5 dan Impella 5.0 adalah diluluskan untuk rawatan kegagalan jantung akut tahan ubat dan satu-satunya peranti sokongan ventrikel sementara perkutaneus yang diluluskan oleh Agensi Peranti Perubatan dan Farmaseutikal (PMDA) di Jepun.

“Pada suku tahun ini, kami membuat rekod baharu untuk menyokong pesakit di A.S. dan Jerman serta kami teruskan memerhati hasil klinikal yang meningkat dengan inisiatif pendidikan dan latihan kami,” ujar Michael R. Minogue, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abiomed. “Saya berbangga dengan kebolehan pasukan untuk menyesuaikan dan melaksanakan secara konsisten semasa kami menukar standard penjagaan dan pembinaan Bidang Pemulihan Jantung.”

PANDANGAN TAHUN FISKAL 2018
Syarikat sekali lagi meningkatkan panduan hasil tahun fiskal 2018 sebanyak $5 juta ke dalam julat baharu $565 juta ke $575 juta, peningkatan hasil sebanyak 27% ke 29% dari tahun sebelumnya. Ini dibandingkan dengan ramalan awal Syarikat daripada $555 juta ke $575 juta dan 25% ke 29% dari tahun sebelumnya. Syarikat juga meningkatkan panduan tahun fiskal untuk margin operasi GAAP ke julat 23% ke 25%, daripada 22% ke 24%.

PANGGILAN PERSIDANGAN
Syarikat akan mengadakan panggilan persidangan untuk membincangkan hasilnya pada hari Khamis, 26 Oktober 2017, pada jam 8:00 pagi EDT. Michael R. Minogue, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Robert L. Bowen, mantan Ketua Pegawai Kewangan, akan mempengerusikan panggilan persidangan.

Untuk mendengar panggilan secara langsung, sila dengarkan siar web menerusi http://investor.abiomed.com atau dail (855) 212-2361; nombor telefon antarabangsa ialah (678) 809-1538. Ulangan panggilan persidangan ini akan tersedia bermula pada jam 11:00 pagi EDT pada 26 Oktober 2017 sehingga 11:00 pagi EDT pada 29 Oktober 2017. Nombor telefon ulangan adalah (855) 859-2056; nombor telefon antarabangsa ialah (404) 537-3406. Kod laluan untuk mendengar ulangan adalah 95924236.

Logo ABIOMED, ABIOMED, Impella, Impella CP dan Impella RP adalah tanda dagangan berdaftar Abiomed Inc. di A.S. dan sesetengah negara asing. Impella 2.5, Impella 5.0 dan Recovering hearts. Saving lives. adalah tanda dagangan Abiomed Inc.
                        
MENGENAI ABIOMED 
Berpangkalan di Danvers, Massachusetts, Abiomed, Inc. adalah sebuah pembekal terkemuka bagi peralatan perubatan yang memberikan sokongan peredaran. Produk kami direka bentuk untuk membolehkan jantung berehat dengan meningkatkan aliran darah dan/atau melaksanakan pengepaman jantung. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati: www.abiomed.com.

PERNYATAAN MASA HADAPAN                                                                           Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan, termasuk pernyataan berhubung pembangunan produk Abiomed yang sedia ada dan baharu, kemajuan Syarikat ke arah pertumbuhan komersial, peluang masa depan dan kelulusan kawal selia yang dijangka. Keputusan sebenar Syarikat mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan masa hadapan berdasarkan beberapa faktor, termasuk ketidaktentuan yang berkaitan dengan pembangunan, pengujian dan kelulusan kawal selia yang berkaitan, termasuk potensi kerugian di masa hadapan, pembuatan kompleks, keperluan kualiti yang tinggi, pergantungan kepada sumber bekalan terhad, persaingan, perubahan teknologi, peraturan kerajaan, perkara litigasi, keperluan modal masa hadapan, ketidaktentuan pembiayaan tambahan serta risiko dan cabaran lain yang diperincikan dalam fail Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk Laporan Tahunan yang baharu difailkan pada Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q. Pembaca diingatkan agar tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pernyataan masa hadapan, yang tepat setakat tarikh siaran ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan kepada umum hasil bagi apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan yang boleh dibuat untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku selepas tarikh siaran ini atau untuk menggambarkan berlakunya peristiwa yang tidak dijangka.

Abiomed, Inc. and Subsidiaries 
Consolidated Balance Sheets 
(Unaudited) 
(in thousands, except share data) 
      
  September 30, 2017 March 31, 2017 
ASSETS     
Current assets:     
Cash and cash equivalents $44,536  $39,040  
Short-term marketable securities  218,661   190,908  
Accounts receivable, net  57,327   54,055  
Inventories  40,632   34,931  
Prepaid expenses and other current assets  9,014   8,024  
Total current assets  370,170   326,958  
Long-term marketable securities  55,954   47,143  
Property and equipment, net  97,697   87,777  
Goodwill  34,332   31,045  
In-process research and development  16,016   14,482  
Long-term deferred tax assets, net  106,798   34,723  
Other assets  13,686   8,286  
Total assets $694,653  $550,414  
LIABILITIES AND STOCKHOLDERS' EQUITY     
Current liabilities:     
Accounts payable $16,667  $20,620  
Accrued expenses  35,256   37,703  
Deferred revenue  10,584   10,495  
Current portion of capital lease obligation  851   799  
Total current liabilities  63,358   69,617  
Other long-term liabilities  598   3,251  
Contingent consideration  9,835   9,153  
Long-term deferred tax liabilities  866   783  
Capital lease obligation, net of current portion  15,110   15,539  
Total liabilities  89,767   98,343  
Commitments and contingencies     
Stockholders' equity:     
Class B Preferred Stock, $.01 par value       
Authorized - 1,000,000 shares; Issued and outstanding - none     
Common stock, $.01 par value  442   437  
Authorized - 100,000,000 shares; Issued - 45,921,029 shares at September 30, 2017 and 45,249,281 
shares at March 31, 2017
     
Outstanding - 44,200,784 shares at September 30, 2017 and 43,673,286 shares 
at March 31, 2017
     
Additional paid in capital  592,081   565,962  
Retained earnings (accumulated deficit)  90,164   (46,959) 
Treasury stock at cost - 1,720,245 shares at September 30, 2017 and 1,575,995 shares at March 31, 2017  (65,999)  (46,763) 
Accumulated other comprehensive loss  (11,802)  (20,606) 
Total stockholders' equity  604,886   452,071  
Total liabilities and stockholders' equity $694,653  $550,414  
      


Abiomed, Inc. and Subsidiaries
Consolidated Statements of Operations
(Unaudited)
(in thousands, except per share data)
            
 Three Months Ended 
September 30,
 Six Months Ended 
September 30,
 2017 2016 2017 2016
Revenue:           
Product revenue$132,782  $102,928  $265,213 $205,917 
Funded research and development 41   27   78  33 
  132,823   102,955   265,291  205,950 
Costs and expenses:           
Cost of product revenue 21,627   17,309   43,489  32,379 
Research and development 19,390   18,052   36,321  33,712 
Selling, general and administrative 60,080   53,086   120,677  104,118 
  101,097   88,447   200,487  170,209 
Income from operations 31,726   14,508   64,804  35,741 
Other income:           
Investment income, net 781   342   1,416  611 
Other (expense) income, net (23)  (114)  56  (191)
  758   228   1,472  420 
Income before income taxes 32,484   14,736   66,276  36,161 
Income tax provision (1) 7,981   5,861   4,399  14,376 
Net income$24,503  $8,875  $61,877 $21,785 
            
Basic net income per share$0.56  $0.21  $1.41 $0.51 
Basic weighted average shares outstanding 44,141   43,129   44,018  42,971 
            
Diluted net income per share (2)$0.54  $0.20  $1.36 $0.49 
Diluted weighted average shares outstanding 45,698   44,580   45,655  44,493 
            
            
(1) Income tax provision includes the effect of the following item:           
Excess tax benefits related to stock-based compensation awards *$4,434  $  $21,276 $ 
            
(2) Diluted net income per share includes the effect of the following item:           
Excess tax benefits related to stock-based compensation awards *$0.10  $  $0.47 $ 
            
* In the first quarter of fiscal 2018, the Company adopted Accounting Standards Update No. 2016-09, Improvements to Employee Share-Based Payment 
Accounting, which requires that all excess tax benefits and tax deficiencies related share-based compensation arrangements be recognized as income tax benefit 
or expense, instead of in stockholders' equity as previous guidance required.
            

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 

Ingrid Goldberg ,
Pengarah, Hubungan Pelabur
978-646-1590
ir@abiomed.com