Tyco Retail Solutions memenangi Green Supply Chain Award 2017 daripada Supply & Demand Chain Executive

Pelanggan runcit Tyco, Piazza Italia menyokong inisiatif kemampanan menerusi program edaran semula tag keras yang inovatif


NEUHAUSEN, Switzerland , Dec. 13, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tyco Retail Solutions, sebahagian daripada Johnson Controls, telah diiktiraf untuk komitmennya dalam mempromosi dan menyokong inisiatif mapan para peruncit untuk tahun kedua berturut-turut. Syarikat tersebut merupakan penerima Green Supply Chain Award 2017 Supply & Demand Chain Executive, anugerah kecemerlangan yang membezakan penyedia penyelesaian dan perkhidmatan rantai bekalan yang membantu pelanggan mereka dalam mencapai matlamat kemampanan yang boleh diukur. Anugerah 2017 Tyco merupakan penghormatan sebagai peneraju inisiatif hijau industri dengan pelanggan runcitnya, termasuk Piazza Italia.

Sebagai peneraju terkemuka dalam fesyen, Piazza Italia bertekad untuk memberikan gaya paling terkini kepada para pembeli sementara mengekalkan komitmennya kepada kemampanan. Pada 2013, peruncit tersebut melancarkan program pengetagan sumber dengan tag keras Sensormatic Acousto-Magnetic (AM) Electronic Article Surveillance (EAS) memberikan manfaat nyata dengan menggabungkan pencegahan kecurian visual dengan pengetagan sumber titik pembuatan. Peruncit tersebut kini telah bertukar daripada tag kegunaan tunggal ke tag keras edaran semula, memberikan alternatif mesra alam tag pakai buang daripada sudut pandangan alam sekitar dan operasi perniagaan.

Inisiatif edaran semula dan pengetagan sumber Tyco memberikan manfaat penjimatan hijau dan perniagaan dalam bentuk pengitaran semula dan menerima barang “siap untuk dijual”. Tag diedar, disahkan dan digunakan semula menerusi proses rantai bekalan yang berkesan yang mengedarkan tag di serata dunia pada kos yang rendah, melalui pusat edaran semula yang terletak secara strategik dan berkesan, serta menawarkan peruncit seperti Piazza Italia insentif beli balik untuk mengurangkan kos pemilikan dan memberikan penjimatan yang ketara. Edaran semula tag keras memberikan Piazza Italian penjimatan dengan menyingkirkan proses meletakkan tag pada kedai secara manual, meningkatkan pematuhan pengetagan, mengurangkan pengecutan dan mengurangkan masa kedai jualan.

“Kami percaya bahawa tanggungjawab terhadap alam sekitar bukan sekadar perniagaan yang bagus tetapi juga tanggungjawab sosial. Hari ini, kemampanan adalah fokus utama untuk pelanggan runcit kami seperti Piazza Italia di mana kedai bukan sekadar memberikan perkhidmatan dan keselamatan berkualiti tinggi, tetapi juga untuk menggunakan kaedah yang mesra alam yang berkesan,” ujar Tony D’Onofrio, ketua pegawai pelanggan, Tyco Retail Solutions.

Program edaran semula pengetagan pakaian Sensormatic, yang pertama untuknya, menggunakan semula lebih daripada satu bilion tag pada 2015 dan telah menggunakan semula hampir tujuh bilion semenjak program dimulakan pada 2010, dengan penjimatan hampir 35 juta paun plastik sementara mengurangkan sisa dan kos untuk pelanggan. Hari ini, lebih daripada separuh label jenama Sensormatic digunakan oleh pembuat produk atau syarikat pembungkusan, berbanding di dalam kedai. Program merangkumi penggunaan sumber label pakai buang EAS, serta tag keras AM EAS dan RFID yang boleh digunakan semula. Dengan lebih daripada lima bilion item pakaian ditag hingga kini, pengetagan sumber merupakan program yang dipercayai untuk peruncit di serata dunia sebagai langkah untuk terus bersaing dan mesra alam dalam persekitaran runcit hari ini.

Tahun lepas, kemudahan pembuatan syarikat tersebut di Mexico menerima pengiktirafan sebagai pemenang S&DCE Green Award 2016 bagi usahanya untuk memulihara sumber melalui pembangunan sistem pengurusan tenaga, serta di peringkat nasional dengan Environmental Award 2015 daripada National Council of the Maquiladora dan Export Manufacturing Industry of Mexico. Kemudahan yang sama juga menerima pensijilan ISO 50001:2011 tahun lepas.

Perihal Johnson Controls
Johnson Controls merupakan peneraju teknologi kepelbagaian dan industri berbilang yang berkhidmat kepada para pelanggan di lebih daripada 150 buah negara. Pekerja kami seramai 120,000 mencipta bangunan pintar, penyelesaian tenaga yang berkesan, infrastruktur bersepadu dan sistem pengangkutan generasi mendatang yang bekerjasama dengan lancar untuk mengotakan janji bandar dan komuniti pintar. Komitmen kami ke arah kemampanan bermula sejak tahun 1885, dengan penciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami komited dalam membantu pelanggan kami berjaya dan mencipta nilai yang lebih tinggi untuk semua pemegang amanah kami melalui fokus strategik kami dalam bangunan dan platform pertumbuhan tenaga kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti Twitter kami di @johnsoncontrols.

Perihal Tyco Retail Solutions
Tyco Retail Solutions, sebahagian daripada Johnson Controls, merupakan peneraju pembekal Loss Prevention, Inventory Intelligence dan Traffic Insights berdasarkan analitis untuk industri peruncitan. Penyelesaian kami memberikan bayangan masa nyata dan analitis ramalan untuk membantu para peruncit memaksimumkan hasil perniagaan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dalam dunia beli belah pacuan digital ini. Peranti perolehan data kami yang lebih daripada 1.5 juta dalam ruang pasaran peruncitan merekod 40 bilion lawatan para pembeli serta menjejak dan melindungi berbilion item setiap tahun. Portfolio peruncitan kami menampilkan Sensormatic® yang terunggul, ShopperTrak® dan jenama TrueVUE™, serta suit penuh penyelesaian teknologi bangunan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati TycoRetailSolutions.com, atau ikuti kami di LinkedInTwitter, serta saluran YouTube channel kami.

HUBUNGAN:
Anne Lines
Hal berkaitan Tyco Retail Solutions
Pejabat + 1 978-518-4512
JCIretail@matternow.com