Chartbeat Mengumumkan 100 Kisah Paling Menarik pada 2017

“My Family’s Slave” oleh The Atlantic adalah artikel paling menarik untuk tahun ini


NEW YORK, Dec. 19, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Chartbeat, platform kecerdasan kandungan terkemuka untuk penerbit, hari ini mengumumkan 100 Most Engaging Stories of 2017, iaitu artikel yang paling banyak dibaca pada tahun ini berdasarkan Masa Pembacaan tertinggi. 100 artikel teratas yang dipilih daripada 39 juta cerita pada lebih daripada 50 ribu tapak media di seluruh dunia merakamkan peristiwa penting pada tahun ini dan menyorot tema yang paling dekat di hati pembaca.

Walaupun “Trump” merupakan entiti yang paling banyak dirujuk dalam rencana berita menurut set data global Chartbeat setakat ini, minat pembaca tidak hanya tertumpu pada politik. Kisah benar tentang pahit getir kehidupan manusia daripada The Atlantic dan ESPN, berita tergempar tentang dakwaan Weinstein daripada The New York Times dan liputan politik bagi Rumah Putih Trump daripada pelbagai sumber termasuk The Washington Post mengungguli senarai tersebut, termasuk artikel tentang keganasan, bencana alam dan kesihatan daripada syarikat termasuk BBC, CNN dan banyak lagi.

“Setiap tahun, senarai Kisah Paling Menarik membuktikan bahawa pembaca mahukan penulisan dan penceritaan yang melapor, mendidik, memberi maklumat dan membantu mereka memahami keadaan dunia,” kata John Saroff, CEO Chartbeat.

My Family’s Slave” oleh The Atlantic merupakan nombor satu dalam senarai tersebut. Artikel tersebut yang ditulis oleh mendiang Alex Tizon, mengisahkan kehidupan sebenar penulis yang membesar dengan penjaganya, Lola, yang pada masa yang sama dianggap sebagai ibu dan juga “hamba” di kediaman keluarganya. Dengan 58 juta minit Masa Pembacaan — tiga kali ganda lebih banyak daripada artikel lain dalam senarai — kisah tersebut mendapat perhatian seluruh dunia dan hangat dibincangkan, serta menjadi contoh kisah berpaksikan manusia yang paling terkenal dalam senarai tahun ini.

“Pembaca menghargai cerita, penulisan yang baik dan emosi yang jujur,” kata ketua editor The Atlantic, Jeffrey Goldberg. “Semasa kami menerbitkan karya Alex Tizon, era pemerintahan Trump baru bermula dan orang ramai hanya tertumpu pada Trump. Saya tidak menyangka kisah yang sangat peribadi dan tragik oleh penulis berbakat tetapi kurang dikenali akan disambut dengan begitu dramatik. Barulah kami sedar bahawa pasaran ini masih menghargai kualiti.”

Sepuluh kisah paling menarik teratas selepas “My Family’s Slave” oleh The Atlantic ialah:

2. ESPN: “I Just Wanted To Survive” oleh Tisha Thompson dan Andy Lockett
3. The New York Times: Multiple Weapons Found in Las Vegas Gunman’s Hotel Room
4. CNN: Something went 'incredibly wrong' with Las Vegas gunman, brother says oleh Emanuella Grinberg
5. The Atlantic: Have Smartphones Destroyed a Generation? oleh Jean M. Twenge
6. CNN: Weapons cache found at Las Vegas shooter's home oleh Holly Yan, Philip Victor dan Darran Simon
7. The New York Times: Harvey Weinstein Paid Off Sexual Harassment Accusers for Decades oleh Jodi Kantor dan Megan Twohey
8. The New York Times: You May Want to Marry My Husband oleh Amy Krouse Rosenthal
9.  The New York Times: Pictures From Women’s Marches on Every Continent
10. The New York Times: The Lost Children of Tuam oleh Dan Barry

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang 100 Kisah Paling Menarik bagi tahun 2017, sila lawati 2017.chartbeat.com atau hubungi press@chartbeat.com.

PERIHAL CHARTBEAT
Chartbeat, platform kecerdasan kandungan untuk penerbit percaya bahawa pencipta kandungan hari ini memerlukan wawasan yang mengutamakan misi – pada masa nyata dan merentas platform desktop, sosial dan mudah alih – untuk menukarkan pelawat menjadi pembaca setia. Itulah sebabnya perisian kami membantu pencipta kandungan memahami ciri dalam kandungan mereka yang digemari ramai. Bekerjasama dengan lebih 50 ribu tapak merentas 60+ buah negara, perisian Chartbeat dan alat terkini membantu syarikat media terkemuka dunia memanfaatkan perkara sebenar untuk mengukur dan menilai perhatian yang diberikan terhadap kandungan mereka.

Terri Walter - terri@chartbeat.com
Lauryn Bennett - lauryn@chartbeat.com