NYNJA Mengumumkan Rancangan untuk Aplikasi Pemesejan Antarabangsa Didayakan Blok Rantaian Pertama dengan Pasaran Digital Bersepadu dan Ekonomi Mata Wang Kriptonya yang Tersendiri

Aplikasi Merentas Platform Membolehkan Pembeli dan Pengguna Perusahaan untuk Berkomunikasi, Membeli, Menjual dan Memperdagang Tanpa Halangan Bahasa dalam Pasaran Mata Wang Kripto Tak Terpusat


NEW YORK, Feb. 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- NYNJA Group Ltd. (https://www.nynja.biz/), syarikat teknologi komunikasi dan mudah alih global, hari ini mengumumkan NYNJA, aplikasi komunikasi antarabangsa pertama dengan pasaran digital terbina dalam dan dompet mata wang kripto. NYNJA adalah aplikasi merentas platform yang menggabungkan suara, teks dan pemesejan visual dengan pengurusan perniagaan dan ciri e-dagang yang kukuh dan selamat, semuanya dikuasakan oleh ekosistem kewangan dah mata wang kriptonya yang tersendiri, NYNJACoin. NYNJA, dalam pembangunan sejak Q1 2017, kini dalam versi beta dan jualan token awam untuk NYNJACoin akan dilancarkan pada 17 April 2018.

“Walaupun tiada kekurangan aplikasi pemesejan mudah alih, tidak pernah ada aplikasi komunikasi semua-dalam-satu yang menyokong dengan lancar pemesejan dan keperluan transaksi untuk kedua-dua pengguna individu dan perniagaan dengan protokol keselamatan mutlak tersedia hari ini,” kata pengasas bersama dan CEO Salvatore Guerrieri. “NYNJA adalah aplikasi pertama seumpamanya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi pangkalan penggunanya, memperkasakan mereka dengan aplikasi pemesejan multimedia merentas platform dan pasaran global terbina dalam yang disokong oleh protokol Blok Rantaian yang selamat.”

Pasaran NYNJA membenarkan pengguna untuk membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa melalui API terbuka menggunakan NYNJACoin, mata wang kripto standard ERC20 ekosistem kewangan bersepadu NYNJA. Dengan NYNJACoin, pengguna juga boleh mengakses kumpulan eksklusif dan membayar kandungan kelompok dalam proprietari seperti aset berlesen atau konsultasi berkala. Pengguna juga boleh memperoleh NYNJACoin dengan melihat iklan dan berkongsi barang berjenama seperti pek pelekat atau kupon. Setiap akaun boleh disusun mengikut kehidupan sosial pengguna, pembeli dan perniagaan, dan dilengkapi dengan dompet Ethereum yang selamat yang membolehkan pengguna berurus niaga secara bebas dalam aplikasi untuk pemindahan pembayaran antarabangsa yang cepat tanpa memerlukan pembekal bayaran luar yang mahal atau yuran platform dalaman. Sepenuhnya berskala, platform sumber terbuka akan membolehkan pembangun untuk membina ke dalam NYNJA dengan penambahan aplikasi tambah nilai.

Sebagai tambahan kepada ciri pemesejan standard, NYNJA mempunyai pemesejan dan terjemahan berjadual. NYNJA bersifat global, bersepadu dan selamat  merentasi seluruh platform dan peranti, serta membenarkan pengguna membuat panggilan Internet percuma dan memindahkan panggilan ke mana-mana telefon. Senibina NYNJA mempunyai penyimpan data awan penyulitan yang selamat untuk menyimpan mesej, imej dan fail, serta mempunyai antara muka yang direka bentuk dan bersifat intuitif yang indah yang diserlahkan oleh paten sistem navigasi roda sepusat aplikasi yang belum selesai. Roda sepusat membolehkan navigasi cepat dan mudah aplikasi menggunakan hanya satu ibu jari dan menghapuskan penggunaan untuk butang belakang.

“Lebih daripada satu perempat daripada dunia menggunakan aplikasi pemesejan mudah alih, tetapi kelas aplikasi semasa menurun kerana mereka sama ada global tetapi terlalu asas, contohnya WhatsApp dan Facebook Messenger, atau mempunyai batasan penggunaan kerana spesifik rantau seperti kes Line dan WeChat,” kata pengasas bersama dan presiden NYNJA, Alejandro Gramont. “Tambahan pula, banyak aplikasi pemesejan menyasarkan terutamanya untuk kegunaan peribadi dan sosial dan bukannya perniagaan; dan kebanyakan aplikasi kelas perniagaan tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk benar-benar melayakkan mereka sebagai gred perusahaan. NYNJA berada dalam kelasnya sendiri sebagai satu-satunya aplikasi komunikasi yang lengkap dan menyeluruh yang disesuaikan dengan pasaran dan sistem ekosistem yang berasaskan blok rantaian. “

Pada pelancaran aplikasi NYNJA akan tersedia pada Android, iOS, dan Web dengan pembangunan asli versi Mac, Linux dan Windows untuk diikuti.

Pasukan berpengalaman NYNJA termasuk CEO dan usahawan global, Salvatore Guerrieri; pengasas bersama, presiden dan COO Alejandro Gramont; ketua pegawai teknologi, Plamen Minev dan pengasas bersama dan ketua strategi ketua Marshall Taplits. Penasihat termasuklah Michael Terpin, CEO siri persidangan pelabur, CoinAgenda; Ken Lo, CEO ANX International, yang merupakan penyedia perkhidmatan terkemuka penyelesaian pembayaran blok rantaian; dan Howard Bilton, pengasas Kumpulan Sovereign. Miles Pelham, pengasas Digitas Limited dan Mun Shing Cheong, pengurus besar ANX Digital, juga merupakan penasihat.

Untuk maklumat lanjut tentang NYNJA Group Limited, sila lawati: https://www.nynja.biz/.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang NYNJACoin ICO di https://nynjacoinusa.com/.

Perihal NYNJA
NYNJA Group Limited ialah syarikat yang bertapak di Hong Kong yang mencipta aplikasi komunikasi merentas platform dengan pasaran mata wang kripto terbina dalam dan dompet kripto antarabangsa yang pertama. Aplikasi NYNJA menggabungkan suara, teks dan pemesejan visual dengan pengurusan perniagaan dan ciri e-dagang yang kukuh, semuanya dikuasakan oleh ekosistem kewangan dah mata wang kriptonya yang tersendiri, NYNJACoin. Dengan NYNJACoin, pengguna boleh bertukar perkhidmatan kerja bebas dan barangan maya, serta kandungan eksklusif dan memperoleh token dengan melihat iklan atau menggunakan barang berjenama.

Untuk maklumat lanjut pada aplikasi NYNJA dan token jualan, sila lawati: https://www.nynja.biz/.

Hubungan Media:
Transform Group, nynja@transform.pr

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8d324656-a32a-4b7a-8dfb-a09ebb3e719f

NYNJA App