SAN FRANCISCO, June 14, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Platform pemasaran mudah alih terkemuka, CleverTap, hari ini mengumumkan suite Discovery Tools berkuasa yang berdasarkan pemetakan pengguna automatik. Alat ini membolehkan pemasar mudah alih mengetahui pemikiran pelanggan dengan segera lalu mempercepat ROI strategi pemasaran mereka. Discovery Tools CleverTap sudah pun digunakan oleh pelanggan perusahaan untuk membina nilai pelanggan jangka panjang dan memberikan pengalaman berkesan kepada pelanggan.
Pelanggan hari ini mahukan jenama untuk memenuhi keperluan mereka dengan serta-merta. Perniagaan yang mampu menjangka dan bertindak balas terhadap kelakuan pelanggan mereka dengan cepat adalah pemenangnya. Walaupun pemasar progresif telah menggunakan cara manual untuk memetakkan sasaran mereka kepada segmen mikro, kaedah ini banyak memakan masa dan wang. Pemetakan automatik CleverTap mencari data kelakuan pengguna, menjalankan beberapa model dan algoritma pembelajaran mesin pada data dan akhirnya menyampaikan petak pelanggan yang menarik kepada pemasar.
Set alat canggih ini akan mengenal pasti pengguna juara, pengguna setia yang berbeza daripada pengguna lelap dan pengguna yang mahu berhenti. Pendedahan petak pengguna secara automatik membolehkan pemasar memfokuskan kreativiti mereka terhadap mencari cara terbaik untuk mendekati pengguna-pengguna ini - sama ada mengadakan program kesetiaan bagi pengguna juara atau kempen pikat semula bagi pengguna yang mahu berhenti untuk menarik minat mereka kembali. Dengan pemetakan pengguna di hujung jari, pemasar boleh mengoptimumkan strategi mudah alih mereka untuk memacu penukaran yang lebih tinggi sambil mengurangkan perkara yang tidak digemari pengguna.
Suite Discovery Tools CleverTap disertakan dengan pemetakan automatik menggunakan model berikut:
- RFM (Kebaruan, Kekerapan dan Kewangan):
- Masa terbaru pengguna melawati app dan berapa kerap pengguna melawati app, kedua-dua ini adalah maklumat bernilai untuk pemasar melayani mereka. Adalah penting untuk melayan seseorang yang anda baru jumpa semalam atau minggu lepas dengan berbeza daripada seseorang yang sudah setahun tidak dijumpai. Model RFM CleverTap memetakkan seluruh pengguna anda kepada 10 petak automatik (daripada juara hingga pengguna lelap) supaya anda boleh melihat apa yang anda lakukan dengan betul dengan sesetengah kumpulan dan apa yang anda boleh perbaiki untuk berhubung dengan yang lain.
- Flows:
- Pengguna menggunakan app anda melalui laluan berbeza. Sesetengah pengguna sofistikated menavigasi app dengan berkesan, tetapi ramai yang terkandas dan memerlukan bantuan beberapa langkah sebelum penukaran. Flows CleverTap membolehkan anda memvisualkan semua laluan yang mungkin diambil oleh petak pengguna anda dengan serta-merta. Menggunakan peratusan penukaran, anda boleh mengenal pasti laluan paling optimum dalam app anda. Berikan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada petak pengguna yang terkandas dan bantu mereka mencapai destinasi dalam app anda.
- Pivots:
- Dengan beberapa klik, bahagikan pengguna kepada juara mingguan dan hujung minggu; pengguna yang menggunakan kandungan pada waktu tengah hari dan pada waktu malam. Pivots CleverTap memberikan anda gabungan gambaran data tanpa had supaya anda boleh mengambil langkah terhadapnya dengan menyediakan keupayaan untuk menunjukkan setiap sel sebagai petak pengguna. Lihat petak pelanggan terbaik anda dengan mudah tanpa memerlukan saintis data mencuba ratusan gabungan dan pilihatur untuk mendapatkan jawapan yang sama.
“Pengguna hari ini tidak mempunyai masa dan kesabaran untuk melawati app anda dan mencari maklumat yang mereka perlukan. Banyak jenama hampir perlu menjangka dan bertindak secara dinamik terhadap keperluan pengguna mereka. Dengan pelancaran Discovery Tools, kami mahu mengautomatikkan sebahagian besar cara pemasar mengenal pasti pelanggan bernilai mereka. Alat-alat ini akan meningkatkan keberkesanan pemasaran dengan signifikan dan membantu pemasar menggunakan belanjawan pemasaran mereka dengan baik,” kata Sunil Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap.
CleverTap mempunyai pejabat di San Francisco, New York, Los Angeles, Mumbai dan Bangalore. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web CleverTap. Untuk melihat cara syarikat pelbagai saiz meningkatkan hubungan dengan pelanggan, lawati halaman pelanggan kami.
Perihal CleverTap
CleverTap membantu jenama pengguna mengekalkan pelanggan mereka. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih berkuasa yang menyatukan data pengguna dari saluran dalam dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, ribuan jenama menggunakan model pembelajaran mesin CleverTap untuk menjalankan strategi layanan pengguna yang disesuaikan untuk membantu pemasar memacu pertumbuhan semua saluran. Bina hubungan pelanggan yang bernilai menggunakan maklumat masa nyata untuk membantu memberikan pengalaman pengguna yang baik.
Lebih 4,000 jenama global termasuk Star, Sony, Vodafone, Domino’s, DC Comics, BookMyShow dan DealsPlus mempercayai CleverTap untuk membantu mereka berhubung dengan pengguna dan mengembangkan app mudah alih mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang CleverTap, lawati clevertap.com atau ikuti di Facebook dan Twitter.
Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
PR CleverTap
ketan@clevertap.com