NORTH CANTON, Ohio, July 14, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Squirrels Research Labs hari ini mengumumkan Acorn, komponen perkakasan baharu yang meningkatkan keberkesanan pelombongan mata wang kripto.
“Kami telah membangunkan sejenis perkakasan bernama Acorn yang meningkatkan keberkesanan operasi pelombongan GPU sedia ada tanpa meningkatkan kos,” kata presiden Squirrels, David Stanfill. “Ini merupakan konsep baharu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”
Acorn berfungsi dengan GPU untuk memunggah kerja yang biasanya menyebabkan cerutan dalam pelombongan. Ia melakukan kerja dengan lebih pantas, lalu meningkatkan keberkesanan pelombongan secara keseluruhan.
Pada peringkat awal, tiga model tersedia: CLE-101, CLE-215 dan CLE-215+. Setiap model menggunakan cip FPGA berpretasi tinggi daripada Xilinx Inc. (NASDAQ:XLNX) dalam slot M.2 untuk melaksanakan bahagian paling kurang efisien GPU dalam pelombongan kripto.
Semua model Acorn berfungsi dengan algoritma intensif memori seperti Ethash dan CryptoNight V1. Model 215 dan 215+ berfungsi dengan algoritma intensif memori dan intensif teras seperti LyraREv2 dan X16r. Acorn CLE-215+ menggunakan 30 peratus lebih prestasi FPGA untuk nisbah kuasa ke kadar hash paling berkesan.
Model-model tersebut diberi harga $199.99, $299.99 dan $329.99 USD setiap satu untuk memberikan pulangan pelaburan yang cepat kepada pelombong GPU.
Acorn memerlukan penggunaan perisian pelombongan SQRL berbilang algoritma percuma, SQRL Miner. SQRL Miner menggabungkan ciri terbaik perisian pelombongan lain dalam satu pakej dan membenarkan pemantauan operasi seimbas. Walaupun ia direka untuk berfungsi dengan Acorn dan perkakasan CPU dan GPU yang dipecutkan Acorn, ia boleh digunakan tanpa perkakasan Acorn.
“Kami mahu Acorn berguna untuk semua orang yang melombong dengan GPU,” kata Stanfill. “Kami telah mencipta strim bit perkongsian, spesifikasi terbuka dan API terbuka. Komuniti yang berkembang telah wujud dan kami teruja menantikan apa yang akan datang apabila ia terus berkembang.”
Tempahan awal bermula pada Jumaat, 13 Julai dan penghantaran bermula pada bulan Ogos.
“Acorn hanya permulaan, banyak lagi yang akan datang dari SQRL,” kata Stanfill. “Kami sudah pun mempunyai produk lain dalam pembangunan dan mula mendapat permintaan.”
Perihal Squirrels Research Labs
Squirrels Research Labs, SQRL, ialah syarikat rakan subsidiari Squirrels LLC di bawah Squirrels Inc. SQRL berfokus pada pembangunan perkakasan dan projek penyelidikan yang menyumbang kepada kejayaan jenama Squirrels. Ketahui dengan lebih lanjut di http://squirrelsresearch.com.
Sidney Keith
Squirrels Inc.
press@airsquirrels.com
O: 855-207-0927 samb. 7001
Foto untuk pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9cd092d2-98ea-4955-9e10-adac93925817/ms
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a6a8193d-7952-4c74-8f93-d541569169d9/ms
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/583a1e1e-c0d4-4736-8440-89cb13f6d349/ms