GOLETA, California, Dec. 20, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- BIOPAC Systems, Inc., mengumumkan bahawa T4 Human Physiology Conference kedua yang diadakan setiap dua tahun bakal berlangsung pada 12-14 Ogos 2019 di University of California Santa Barbara (UCSB). Pengkaji, pendidik dan pelajar sains hayat dijemput untuk mempelajari Alat, Trend, Teknik, dan Teknologi terkini yang digunakan dalam ukuran dan tafsiran fisiologi. Sesi T4 menawarkan petua amali praktikal yang memberi peserta alatan dan pendedahan terkini untuk mendalami penemuan saintifik dengan data yang banyak daripada berbilang peserta dan peranti, di dalam dan luar makmal.
BIOPAC mengehoskan Persidangan Fisiologi T4 untuk meningkatkan pemahaman tentang ukuran fisiologi. Frazer Findlay, CEO BIOPAC berkata, “BIOPAC sentiasa menekankan kerjasama dengan rakan kongsi yang memahami industri dan keperluan pelanggan kami. Saya berasa sukacita kerana rakan kongsi kami akan menyertai T4 untuk berkongsi inovasi dan idea tentang pembentangan rangsangan, realiti maya dan terimbuh, pemantauan tekanan darah, pengimejan otak, pengamatan tingkah laku dan banyak lagi.”
Pembentang termasuklah penceramah akademik terhormat yang merupakan pakar dalam bidang kajian mereka dan juga syarikat teknologi peneraju seperti CNSystems (for noninvasive blood pressure) dan Psychology Software Tools (untuk pembentangan visual dan penanda acara).
Pengkaji dan pendidik dalam fisiologi, psikologi, neurosains, fisiologi latihan dan pengimejan bakal meningkatkan kemahiran mereka dengan memahami cara teknologi mampu dioptimumkan untuk menghasilkan kajian yang lebih baik dan efisien. Saintis akademik, penyelidik, pembantu penyelidik, penyiasat utama dan pembantu mereka, penyiasat, pengkaji industri gunaan dan pendidik akan mendapat manfaat dengan menghadiri sesi T4 dan menjalin hubungan dengan rakan dari seluruh dunia—26 negara telah diwakilkan pada T4 pertama.
Persidangan T4 selama tiga hari itu akan berfokus terhadap merekod dan menganalisis data menggunakan alatan teknologi dan amalan terbaik semasa. Pakar dalam bidang kajian utama akan mengetuai sesi bersasar tentang cara untuk menyediakan makmal atau bilik darjah untuk mengoptimumkan data, menyediakan subjek, menyelaraskan data dan mempiawaikan tafsiran dengan rutin pemarkahan automatik.
https://www.BIOPAC.com/BIOPAC -t4-human-physiology-conference/
Perihal BIOPAC Systems
BIOPAC ditubuhkan pada 1985 dan diiktiraf di seluruh dunia sebagai pilihan utama untuk perkakasan dan perisian sains hayat. Di seluruh dunia, lebih 99% universiti 100 teratas dan syarikat Global Fortune 500 bergantung pada sistem BIOPAC untuk keperluan kajian sains hayat dan sistem pengajaran mereka. BIOPAC menghasilkan alatan saintifik berkualiti tinggi untuk ukuran dan tafsiran fisiologi. Penyelesaian BIOPAC meliputi penyelesaian pendidikan hingga peranti canggih untuk kegunaan makmal, dunia sebenar dan persekitaran kajian realiti maya. Untuk maklumat lanjut tentang produk BIOPAC , lawati www.BIOPAC.com.