PALO ALTO, Calif., March 04, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- ADARA, koperasi data pelancongan dunia dan peneraju penyedia maklumat pelancong untuk jenama pelancongan hari ini mengumumkan Awan Pemasaran Destinasi ADARA, suite produk pemahaman, pelaksanaan dan analisis komprehensif untuk mentransformasikan pemasaran pelancongan. Awan Pemasaran Destinasi membolehkan pemasar destinasi menggunakan maklumat kelakuan pelancong dalam sepanjang proses Mengetahui, Bertindak, Mengukur dan Mengubah Suai bagi mendapatkan keuntungan dan meningkatkan nilai sepanjang hayat. Dicipta untuk jenama-jenama pelancongan, Awan Pemasaran Destinasi memberikan maklumat carian dan tempahan aktif yang memastikan pemesejan, personalisasi, penyasaran dan pemahaman yang lebih tepat.
“Kami teruja kerana Awan Pemasaran Destinasi ADARA akan menyediakan gambaran yang lebih lengkap tentang pasaran pelancongan untuk memberi maklumat kepada seluruh strategi dan proses pemasaran kami,” kata Leroy Bridges, Naib Presiden Digital & Komunikasi di Visit St Pete/Clearwater (Florida). “Hala tuju baharu ADARA ini membolehkan kami merancang, menyasarkan, mengoptimumkan dan menganalisis inisiatif pemasaran kami dengan yakin berdasarkan pemahaman yang lebih sempurna tentang kelakuan carian dan tempahan untuk semua pelawat semasa dan akan datang.”
Awan Pemasaran Destinasi ADARA terdiri daripada beberapa produk yang memberikan beberapa keupayaan peneraju pasaran kepada pemasar pelancongan, termasuklah:
- Mengukur Keberkesanan Pemasaran: Hubungkan kempen media digital dan aktiviti halaman web dengan pengunjung, tempahan penerbangan, kali inap dan hasil hotel daripada 750J+ pelancong aktif bulanan
- Memperolehi Pemahaman Mendalam Tentang Pelancong: Dapatkan pemahaman yang tidak pernah diketahui sebelum ini tentang jenis pelancong yang melawat destinasi dan bertindak balas terhadap usaha pemasaran digital
- Mengesahkan Perbelanjaan Media dan Pemasaran: Tunjukkan kaitan langsung antara pengguna yang telah melihat kempen digital atau pergi ke halaman web destinasi, dan pengunjung sebenar ke destinasi
"Kami teruja untuk menyertai proses yang menjurus kepada pengeluaran platform ini. Awan Pemasaran Destinasi ADARA adalah evolusi unggul suite perkhidmatan ADARA. Perkhidmatan ADARA sentiasa menjadi komponen berharga dalam perancangan dan pengukuran kempen pelanggan kami," kata Jessica Schultz, Naib Presiden Kanan Strategi Media dengan MMGY. "Kami bersedia untuk platform baharu ini yang bakal memberikan kami lebih keterlihatan dan pemahaman tentang kelakuan pelawat pelanggan kami pada masa ini dan akan datang."
Jenama-jenama pelancongan boleh melihat ROI halaman web dan kempen media untuk mengetahui pendorong kadar tempahan dan lawatan yang lebih tinggi. Dengan Awan Pemasaran Destinasi ADARA, pemasar boleh mengenal pasti destinasi kompetitif dan pasaran asal yang mendorong hasil dengan paling efisien, serta memahami cara pengunjung yang paling bernilai mencari, membuat tempahan, berbelanja dan melancong.
“Biasanya, jenama pelancongan terpaksa mengagak jumlah syer mereka untuk pasaran tertentu, dan memperoleh hanya sedikit maklumat kelakuan dan tempahan pelanggan. Awan Pemasaran Destinasi ADARA memberikan gambaran yang lebih komprehensif,” kata Layton Han, CEO di ADARA. “Kini, rakan kongsi pelancongan dapat mengetahui, bertindak, mengukur dan mengubah suai pemasaran mereka dengan yakin dan dengan pendekatan yang lebih tepat dan diperibadikan.”
Perihal ADARA
ADARA. Mengetahui Apa Yang Pelancong Perlukan Seterusnya.
ADARA menguasakan jenama pelancongan dunia untuk membangunkan industri bersama-sama. Dibangunkan berdasarkan koperasi data pelancongan terkaya di dunia, ADARA menawarkan pemahaman berdasarkan insan untuk syarikat pelancongan. Mereka memperoleh pemahaman berdasarkan nilai tentang hubungan mereka dengan pelanggan, dengan corak, trend dan kelakuan pelancongan daripada lebih 750 juta profil pelancong unik setiap bulan yang merangkumi 200 jenama pelancongan teratas dunia. ADARA memberikan maklumat kritikal untuk mengaktifkan personalisasi dan relevannya untuk sepanjang perjalanan pelanggan demi pertumbuhan yang mapan. Tawarannya merangkumi tiga tunggak asas – Mengetahui, Bertindak, Mengukur & Mengubah Suai – untuk mendorong hasil yang boleh diukur pada tahap pelanggan. https://www.adara.com
Hubungan:
Emily Riley
914-330-1128
eriley@witstrategy.com