LAS VEGAS, April 23, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Presiden SIMEX Inc., Vassili Oxenuk berkata: "Hari ini, kita boleh melihat bilangan platform yang dipanggil penukaran kripto telah melebihi bilangan yang wajar. Jadi, pelabur yang mahu menyertai pembangunan industri kripto yang semakin meningkat dan berpotensi, sukar untuk memahami kelebihan persaingan bagi platform sebegitu. Lebih ganjil lagi apabila pelabur menyumbang dalam projek yang menjanjikan sesuatu yang telah dilaksanakan di syarikat lain dan berfungsi. Kami telah mencipta produk yang memenuhi kesemua keperluan pasaran kripto dan sebarang syarikat berlesen dengan mudah boleh mengambil peluang ini untuk menggunakan perisian kami bagi aktiviti tertentu".
SIMEX Inc, syarikat yang telah mencipta platform berbilang fungsi melaksanakan fungsi yang disenaraikan di bawah dan syarikat sedia ada pada masa ini boleh berperanan sebagai bank pelaburan dan penukaran kripto, mahu memasuki pasaran dan meliputi sebanyak bidang yang mungkin. Dalam aspek itu, jualan token STO SIMEX disasarkan untuk mengumpulkan dana bagi memperoleh semua jenis lesen yang diperlukan. Ia juga bersedia dan terbuka untuk mempertimbangkan usahasama dengan semua institusi berminat yang memiliki lesen sedemikian.
SIMEX sebagai platform berbilang fungsi, yang merupakan perisian penyelesaian infrastruktur bebas yang boleh berfungsi sebagai:
Bank:
- membuka dan menyelenggara akaun peribadi dan korporat;
- fungsi pinjaman;
- pengeluaran kad debit dan kredit;
- pemindahan intra bank dan peindahan antarabangsa dalam ekosistem sedia ada, termasuk mata wang kripto.
Peniaga Broker (bank pelaburan):
- pembuatan pasaran dan fungsi perdagangan untuk semua jenis perdagangan saham;
- pad lancar projek diautomasikan dengan penyenaraian berikut (termasuk aset digital) untuk menarik kapital dalam kedua-dua wang klasikal dan mata wang kripto;
- pengurusan akaun peribadi dan korporat dengan fungsi penasihat pelaburan;
Bursa:
- menyenaraikan fungsi semua komoditi, termasuk bursa klasikal dan instrumen industri kripto;
- semua jenis perdagangan dengan keupayaan mengintegrasi program perdagangan pihak ketiga dan strategi robot;
- tawaran IEO, untuk projek terpilih sahaja;
SIMEX - pengantaraan kewangan:
- berfungsi serupa dengan pemindahan PayPal, Western Union.
Semua fungsi SIMEX boleh dilaksanakan sebagai SaaS sebagai penyelesaian kotak.
Pada masa ini, SIMEX menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan di luar AS sahaja.
Vassili Oxenuk juga menambah: "Jadi, kami sebagai produk, boleh berfungsi sebagai mana-mana institusi yang dinyatakan di atas dalam pasaran, dalam pasaran industri kripto dan selanjutnya, mempertimbangkan ini dengan pelabur, kami mahu melesenkan semua fungsi ini: perbankan, peniaga broker, bursa saham. Penting untuk produk kami ini berada dalam pasaran. Tiada lagi keperluan untuk membelanjakan lebih banyak wang dalam penciptaan atau pembangunannya”.
Maklumat hubungan:
E-mel: president@simex.global
Ibu Pejabat: 2300 West Sahara, Office 400, Las Vegas, 89102