EL SEGUNDO, Calif., Oct. 03, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Phoenix Software International, Inc., hari mengumumkan bahawa mereka telah memasuki perjanjian dengan IBM®, di bawah perjanjian tersebut Phoenix Software International telah melesenkan kod sumber untuk subsistem penspulan z/OS JES3 IBM, menawarkan penyelesaian kepada klien yang ingin kekal pada JES3.
“Sebagai ahli pengasas untuk sesuatu yang akhirnya menjadi SHARE JES3 Task Force, Phoenix Software telah berusaha sejak pertengahan 2017 dengan pelanggan dan IBM untuk mencari alternatif ringkas, tanpa kos kepada penukaran JES2. Hari ini kami berbangga untuk mengumumkan perjanjian dengan IBM, untuk menyediakan pelanggan JES3 dengan alternatif tersebut,” kata Ed Jaffe, Ketua Pegawai Teknologi di Phoenix Software International. “Tawaran Phoenix Software adalah berdasarkan JES3 IBM, disokong sepenuhnya, mempunyai peta jalan untuk peningkatan, dan boleh digunakan oleh pelanggan JES3 IBM sedia ada melalui penghijrahan mudah dan tanpa kos tambahan.”
Subsistem Masukan Kerja (JES) merupakan komponen sistem pengendalian z/OS IBM yang bertanggungjawab untuk mengurus beban kerja kelompok. Kefungsian JES minimum termasuk membaca kerja ke dalam sistem, memilih kerja untuk pemprosesan, mengurus/mencetak output kerja, dan menyingkirkan kerja daripada sistem. Secara uniknya, JES3 menyediakan gandingan berbilang sistem, perkongsian pita pintar, penghalaan sumber, pengimbangan beban, pemula dinamik, persediaan peranti pralaksana, rangkaian kerja, penjadualan tarikh akhir, konsol berbilang sistem, log digabungkan seluruh JESplex, dan keupayaan lain yang meringkaskan operasi dan pengurusan sistem yang digabungkan secara longgar lebih dua dekad sebelum kemunculan sokongan sispleks dalam sistem pengendalian asas. Kefungsian ini menjadikan JES3 sebagai alternatif pilihan dalam kebanyakan pemasangan pelanggan, terutamanya pelanggan dengan keperluan pemprosesan data bervolum tinggi.
“Kami teruja tentang peluang untuk melesenkan komponen sistem pengendalian z/OS dan memberikan penyelesaian untuk menyokong pelanggan yang ingin kekal pada JES3. Setelah mengusahakan teknologi ini untuk kira-kira 30 daripada 40 tahun Pheonix menjalankan perniagaan, kami mempunyai warisan lama yang meletakkan kami dalam kedudukan untuk melakukan inisiatif ini,” kata Fred Hoschett, Ketua Pegawai Eksekutif di Phoenix Software International.
“Kami berasa sukacita Phoenix Software memilih untuk melesenkan JES3 sementara IBM meninggalkan ruang ini. Mereka mempunyai pengalaman selama berdekad sebagai rakan kongsi IBM, dan ini memberikan laluan kepada klien yang memilih untuk kekal pada JES3,” kata Ross Mauri, Pengurus Besar untuk IBM Z.
Untuk maklumat tentang tawaran Phoenix Software, pergi ke www.PhoenixSoftware.com/spooler.htm
Tentang Phoenix Software International
Phoenix Software International, Inc. (www.phoenixsoftware.com), merupakan syarikat pembangunan perisian sistem yang menyediakan aplikasi perisian lanjutan kepada perusahaan di seluruh dunia. Syarikat ini menawarkan pelbagai penyelesaian kepada cabaran perniagaan moden.
Maklumat Hubungan Akhbar:
(310) 338-0400
news@phoenixsoftware.com