CINCINNATI, Jan. 24, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ: VIVO) hari ini mengumumkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi yang bukan sahaja menyediakan penguatan fideliti tinggi, tetapi turut menawarkan penguatan untuk diagnostik seiring (CDx) dan ujian klinikal.
Penguatan fideliti tinggi adalah penting untuk aplikasi yang hasilnya bergantung kepada jujukan DNA yang betul, seperti penjujukan generasi hadapan (NGS), pengklonan, dan pengenotipan. Namun, keputusan daripada penguatan tersebut boleh dijejaskan oleh polimerase DNA yang tidak mampu menguatkan jenis jujukan yang berbeza secara sama rata atau jika sampel mengandungi perencat.
Bahagian Sains Hayat di Meridian Bioscience telah menangani cabaran ini dengan membangunkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi sebagai penyelesaian penguatan fideliti tinggi, dengan ciri-ciri utama pasaran dari segi ketahanan perencat, pemultipleksan dan bias GC yang rendah. Ini merupakan alat yang sesuai untuk teknologi NGS yang diaplikasikan kepada pasaran klinikal, terutamanya dalam bidang ujian genetik dan penyaringan kanser, iaitu pembangunan panel untuk penyusukan tumor atau mutasi.
Lourdes Weltzien, Ph.D., Naib Presiden Eksekutif Sains Hayat, mengomen, "Polimerase fideliti tinggi telah menjadi rentan kepada kesukaran dalam penguatan PCR dalam DNA penuh GC atau penuh perencat. Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi telah mengurangkan batasan ini dengan ketara dan akan meningkatkan kemampuan ujian pelanggan."
“Dalam cerakin klinikal berdasarkan NGS, keupayaan untuk menjujukkan semua bahagian DNA pada sampel secara bebas daripada kandungan GC adalah penting. Dengan kepakaran meluas kami dalam sistem enzim dan penimbal, Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi telah direka untuk mencapai ini. Daripada pengayaan sasaran sehinggalah penguatan pustaka, ini membolehkan data NGS yang lebih baik dan keputusan lebih tepat,” kata Florent Chang-Pi-Hin, Ph.D., Pengarah Kanan, Penyelidikan & Pembangunan di Meridian.
Perihal Meridian Bioscience, Inc.
Meridian ialah syarikat sains hayat bersepadu sepenuhnya yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengagihkan pelbagai produk diagnostik inovatif. Kami berdedikasi dalam membangunkan dan menyampaikan penyelesaian lebih baik yang memberikan jawapan dengan kelajuan, ketepatan dan keringkasan yang membawa perubahan kepada kemungkinan kehidupan bermula dengan penerokaan sehinggalah diagnosis. Menerusi penerokaan dan pembangunan, kami menyediakan bahan mentah sains hayat kritikal yang digunakan dalam ujian imunologi dan molekul untuk aplikasi manusia, haiwan, tumbuhan, dan alam sekitar. Menerusi diagnosis, kami menyediakan penyelesaian diagnostik dalam aspek termasuklah jangkitan gastrousus dan pernafasan atas dan ujian paras plumbum dalam darah. Kami membina hubungan dan menyediakan penyelesaian kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pusat ujian veterinar, pejabat pakar perubatan, pengilang diagnostik, dan syarikat bioteknologi di lebih 70 negara di seluruh dunia.
Saham Meridian didagangkan di NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.
Maklumat Hubungan:
Jack Kenny
Ketua Pegawai Eksekutif
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon: 513.271.3700
E-mel: mbi@meridianbioscience.com