VistaJet Melanjutkan Sokongan Perubatan dan Keselamatan pada Penerbangan untuk Pelanggan Globalnya


Bekerjasama dengan rakan kongsi utama Philips dan MedAire untuk melindungi semua penumpang dengan lebih lanjut

  • Pengendali carter pertama untuk membenamkan peranti Tempus IC2 yang revolusioner dalam keseluruhan armada Global miliknya;
  • Kru boleh mengukur dan menghantar data klinikal penting dengan selamat dalam masa nyata kepada pakar perubatan yang berada di darat 24/7, bila-bila masa, di mana-mana sahaja;
  • Pemantau perubatan inovatif, disepadukan dengan pasukan perubatan MedAire, adalah perkara terbaik selain mempunyai doktor di sisi anda.

LONDON, July 06, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global pertama dan tunggal, mengutamakan keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan pelanggan serta rakan sekerjanya. Untuk melindungi mereka yang menaiki armada miliknya dengan lebih lanjut, VistaJet telah bekerjasama dengan rakan kongsi RDT, sebuah syarikat Philips dan MedAire untuk menjadi pengendali carter pertama untuk membenamkan pemantau Tempus IC2 di dalam keseluruhan armada Global milik mereka — memberikan akses kepada sokongan perubatan utama pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Tempus IC2 ialah pemantau tanda vital dengan teleperubatan bersepadu, direka bentuk untuk digunakan dalam kecemasan perubatan jarak jauh oleh pakar bukan perubatan.

Kini, dengan peningkatan keperluan keselamatan am, nilai penjagaan kritikal menjadi lebih penting, terutamanya bagi mereka yang mengembara jauh daripada bantuan perubatan yang berkualiti. Memiliki pemantau Tempus IC2 RDT pada penerbangan Global VistaJet akan memberikan jaminan dan bantuan untuk penumpang dan kru pada pesawat. Pemantau ini membolehkan kru VistaJet mengukur dan memindahkan data dan imej klinikal vital, berserta suar dan video masa nyata, secara selamat dan terus kepada pasukan perubatan di darat MedAire 24/7 sekiranya mereka bimbang tentang kesesuaian untuk menaiki penerbangan mereka atau pesakit untuk mendapatkan panduan dan nasihat rawatan — tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada.

Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet berkata:
“Kru VistaJet kini memiliki lebih banyak sumber untuk memberi mereka dan penumpang ketenangan minda sepenuhnya dengan setiap penerbangan. Maklumat daripada pemantau dikongsi secara lancar dan sulit dengan pakar perubatan di darat — ini adalah perkara terbaik selain mempunyai doktor di sisi anda dan merupakan satu lagi contoh pelaburan VistaJet dalam keselamatan dan pelindungan untuk melindungi semua yang menaiki pesawat bersama kami pada infrastruktur global kami. Semua operator dengan program global seharusnya memiliki teknologi ini di dalam pesawat.”

Melalui sambungan dalam pesawat selamat VistaJet, Tempus IC2 mempercepat masa penjagaan terhadap penumpang yang mengalami isu perubatan semasa penerbangan, membolehkan kru menangkap maklumat diagnostik yang penting dan menghantar maklumat tersebut kepada perkhidmatan nasihat perubatan MedAire, MedLink, untuk nasihat dan bantuan pakar. Pautan terus kepada pakar kesihatan MedAire bersama-sama dengan data tanda vital juga boleh membantu untuk mengurangkan risiko peribadi yang sering dikaitkan dengan salah diagnosis, mengelakkan pengosongan atau pelencongan perubatan yang tidak diperlukan dan mahal.

Dr Paulo M. Alves, Pengarah Perubatan Global di MedAire menambahkan:
“Parameter tersedia apabila menjawab panggilan Tempus adalah sama seperti parameter yang ada dalam kebanyakan bilik kecemasan. Tempus IC2 amat bermanfaat apabila mengurus situasi perubatan jarak jauh, kerana Tempus IC2 memberi doktor MedLink MedAire data berkualiti klinikal yang diperlukan untuk membuat tanggapan diagnostik yang lebih baik.”

MedAire juga boleh membantu penumpang yang sakit untuk mendapatkan penjagaan perubatan lanjut atau ubat preskripsi di destinasi akhir pesawat. Jika penumpang yang memerlukan rawatan yang tidak tersedia di dalam pesawat, pasukan Operasi akhir-ke-akhir VistaJet akan dapat mengubah laluan penerbangan atau destinasi berdasarkan maklumat daripada MedAire tentang hospital yang berkelengkapan dan disaring sewajarnya serta lapangan terbang yang terdekat dengan mereka. Semua syarikat penerbangan mempunyai tanggungjawab terhadap penumpang untuk memberikan sokongan perubatan yang menyeluruh dan penggunaan perkhidmatan teleperundingan perubatan terkini oleh VistaJet akan menjamin penjagaan yang lebih mudah dan tepat pada masanya, mengurangkan gangguan terhadap rancangan perjalanan.

Untuk maklumat tentang standard keselamatan VistaJet dan usahanya untuk membantu dalam menghentikan penularan COVID-19, layari: vistajet.com/safety

Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | jennifer.farquhar@vistajet.com

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan perniagaan global yang pertama dan tunggal. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding — ekosistem penerbangan persendirian pertama dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian ringan aset merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan.

Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com

VistaJet Limited ialah pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 dan diperbadankan di Malta dengan Nombor Syarikat C 55231. VistaJet dan anak syarikat bukanlah syarikat pesawat pengangkut terus Amerika Syarikat. Pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh pengangkut udara A.S. yang berlesen sewajarnya, termasuk XOJET Aviation LLC.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/41e26875-45d8-498c-882f-8f5d093f39fb

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/98e0dc51-0e54-48a9-a08c-58b59e20c2e9

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/782cd9f4-efeb-4242-9c44-c4672c5b6574