QUEBEC CITY, Oct. 06, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD tahap 1-5, akan membuat pembentangan dan mempamerkan pelbagai penyelesaian untuk pelanggan automotif dan mobiliti di dua acara digital global pada bulan Oktober 2020. LeddarTech telah menyertai dan membuat pembentangan di lebih 20 acara industri pada tahun 2020.
Dengan pengalaman lebih daripada sepuluh tahun dalam ADAS dan AD, syarikat ini telah berada pada kedudukan sebagai peneraju industri yang mengkhusus dalam teknologi penderiaan yang diperkuat lagi oleh pemerolehan terkini syarikat perisian pergabungan penderia dan persepsi VayaVision dan pemerolehan aset Phantom Intelligence baru-baru ini pada bulan September 2020.
LeddarTech akan membuat pembentangan dan pameran di acara berikut:
Optical Society (OSA) Laser Congress (Acara Digital)
Tarikh: 13-16 Oktober, 2020
Maklumat acara: Kongres tiga hari ini menampilkan dua subpersidangan: Advanced Solid-State Lasers Conference (ASSL), yang berkaitan peningkatan operasi dan penggunaan laser berkeadaan pepejal, dan Laser Applications Conference (LAC), yang berfokus pada pemprosesan dan penggunaan bahan untuk laser berkuasa tinggi. LeddarTech telah dijemput untuk berucap sebagai sebahagian daripada LAC, yang berjanji untuk mengasyikkan perwakilan dalam persekitaran pembelajaran inovatif yang memperkenalkan maklumat baharu, inovatif, menawarkan pengetahuan yang berwawasan, mempamerkan produk canggih, dan melibatkan khalayak dalam perdebatan dan perbincangan penting.
Masa pembentangan LeddarTech: 13 Oktober, 2020 pada 2:00 p.m., EST
Pembentang: Robert Baribault, Arkitek Utama di LeddarTech
Topik: “The Critical Role Played by LiDAR Sensors in the Advancement of Autonomous Driving Technology”.
Daftar di: https://www.osa.org/en-us/meetings/osa_meetings/laser_congress/registration/
Rakan Kongsi Acara Utama di ScaleUp 360° – Sensor & Radar Systems (Acara Digital)
Tarikh: 14-15 Oktober, 2020
Maklumat acara: Daripada OEM kepada Peringkat 1, daripada pakar AI, penderia, radar dan sistem penglihatan pengimejan kepada eksekutif pemanduan automatik, pembelajaran mendalam dan kawalan kenderaan – di mana-mana sahaja hadirin muncul pada spektrum penderiaan & persepsi dalam kenderaan automatik, acara Sensor & Radar Systems merupakan acara yang tidak boleh ketinggalan.
Masa pembentangan LeddarTech: 14 Oktober, 2020 pada 7:45 a.m., EST
Pembentang: Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech dan Youval Nehmadi, Pengarah Kejuruteraan – Pergabungan Penderia & Persepsi di LeddarTech Israel (VayaVision, sebuah syarikat LeddarTech)
Topik: “Level 3 Automation – Sensing Modalities, Perception, and Fusion”
Daftar di: https://www.scale-up-360.com/en/sensor-radar-systems/register
“LeddarTech berbangga untuk membuat pembentangan dan membuat pameran di acara industri utama ini,” kata En. Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech. “Kami tidak sabar untuk berkongsi wawasan industri kami dan pengalaman dalam teknologi penderiaan yang mendayakan ADAS dan AD dengan rakan sejawat kami. Tahun ini telah memberikan cabaran yang ditambahkan lagi dengan COVID-19 dan 2021 akan terus mencabar dalam industri pengangkutan. Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa peluang wujud dan berkongsi wawasan kolektif kita di acara ini akan melengkapi kita dengan lebih baik untuk masa depan,” kata En. Olivier.
Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan penderiaan kritikal dan cabaran persepsi merentasi seluruh rantai nilai pasaran automotif dan mobiliti dengan platform lakuran penderia dan persepsi LeddarVision™. LeddarTech menyampaikan penyelesaian pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala dan serba boleh kepada penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 yang membolehkan LiDAR berkeadaan pepejal gred automotif dibangunkan berdasarkan asas LeddarEngine™. LeddarTech menawarkan 14 generasi LiDAR berkeadaan pepejal berdasarkan platform LeddarEngine yang beroperasi 24/7 di persekitaran yang teruk. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan aplikasi roboteksi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.
Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Global, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com
Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.