Pulse Secure Mencatatkan Pertumbuhan Perniagaan Cemerlang dan Pengembangan Rakan Niaga di Rantau Asia Pasifik Jepun

Peningkatan mendadak dalam permintaan untuk mobiliti tenaga kerja, Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses selamat mendorong pengembangan perniagaan serantau dalam jangkauan dan skala.


SINGAPURA, Oct. 20, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, penyedia utama penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan pertumbuhan perniagaan dan rakan niaga yang cemerlang di seluruh rantau Asia Pasifik Jepun (APJ), bagi separuh pertama tahun 2020. Permintaan yang kukuh bagi Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses jauh Pulse Secure menghasilkan peningkatan lebih daripada 18 kali dalam langganan keseluruhan, dan lebih daripada 260 peratus pertumbuhan dalam pendapatan perniagaan baharu, tahun ke tahun.

Mencatatkan lima suku pertumbuhan berturut-turut sejak tahun 2019, Pulse Secure telah meraih sokongan yang luar biasa daripada pelanggan baharu dan sedia ada di rantau APJ. Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan dengan memanfaatkan pengkomputeran awan, utiliti dan IT hibrid, pengguna memerlukan akses yang selamat dan terjamin kepada aplikasi awan dan di premis daripada mana-mana peranti, di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.

Selain itu, ancaman siber, pencerobohan data dan kewajipan pematuhan telah menyebabkan pengesahan dan kawalan suaian menjadi kritikal untuk akses wajar, yang mendorong organisasi beralih kepada penyelesaian yang akan membantu untuk meringkaskan pengurusan akses terjamin dengan keterlihatan hujung ke hujung, kaya analisis, peruntukan automatik dan tindak balas terhadap ancaman yang maju.

Berikutan krisis kesihatan COVID-19, Pulse Secure melancarkan programnya iaitu Pulse Cares untuk membantu pelanggan menyokong inisiatif bekerja dari rumah (WFH) dan kesinambungan perniagaan melalui jualan dan tindak balas perkhidmatan yang dipercepat. Syarikat ini bekerja dengan lebih daripada 1,500 pelanggan di seluruh dunia yang memerlukan lesen langganan sementara serta-merta dan panduan pengerahan untuk mengembangkan kapasiti akses jauh selamat mereka dengan cepat semasa perolehan mereka.

Bagi menangani pertumbuhan perniagaan yang eksponen di APJ, Pulse Secure telah memperluas jejaknya di seluruh rantau tersebut dengan pembukaan pejabat baru di China, Korea dan Australia untuk melengkapkan kehadiran langsung sedia ada di Singapura, India dan Jepun. Jumlah bilangan kakitangan di rantau ini telah meningkat lebih daripada 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pelanggan serantau kami tahu kepentingan kesinambungan dan produktiviti perniagaan sambil kekal dilindungi dan patuh dalam dunia digital, dan telah mengamanahkan Pulse Secure untuk menyediakan penyelesaian terbaik untuk pilihan tempat kerja jauh dan fleksibel kepada mereka, dan untuk mempercepat aliran kerja pengguna kepada aplikasi berasaskan awan,” kata Joe Signorelli, Naib Presiden untuk APJ di Pulse Secure. “Kami komited untuk melayani pelanggan dan rakan niaga kami sementara mereka memanfaatkan pengkomputeran mudah alih dan awan melalui pelaburan dan pengembangan berterusan kami bagi jangkauan dan skala perniagaan serantau kami.”

Pulse Secure juga telah memperkukuh jaringan rakan niaga dan jejak salurannya di APJ, menerusi pelantikan pengedar, penjual semula dan rakan latihan baharu yang sejajar dengan strategi pasaran go-to yang merentasi industri tertumpu dan segmen pelanggan. Syarikat ini mempunyai ratusan rakan niaga aktif di seluruh rantau APJ, ini termasuk:

  • ECCOM  – Sebuah penyepadu sistem terkemuka, ECCOM telah bekerjasama dengan Pulse Secure untuk menambahkan keupayaan akses selamat Sifar Kepercayaan kepada portfolio IT miliknya yang komprehensif di seluruh rantau China Raya (Greater China).
  • MDI – Dengan peralihan secara tiba-tiba kepada tempat kerja yang mengutamakan digital, MDI dan Pulse Secure membentuk perkongsian penting dan berjaya menerajui pengerahan akses selamat di Filipina, terutamanya dalam perbankan dan telekomunikasi
  • Datacipher – Kerjasama baharu dengan Datacipher untuk menyampaikan kursus Pulse Secure Authorized Training di seluruh Australia dan New Zealand. Kursus latihan direka bentuk untuk membantu jurutera rangkaian, arkitek sistem perusahaan, pakar sokongan teknikal dan perunding pelaksanaan untuk berjaya mengerahkan dan menyelenggarakan produk dan perkhidmatan Pulse Secure.

“Pulse Secure ialah vendor pilihan kami dalam Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses selamat. Memandangkan organisasi di Asia Pasifik mentransformasikan perniagaan mereka secara digital dan mempercepat mobiliti tenaga kerja untuk menghadapi cabaran jangka pendek dan jangka panjang, Pulse Secure memiliki kunci untuk membuka segala kemungkinan, kebebasan dan ketenangan fikiran yang mereka perlukan untuk kekal produktif, selamat dan patuh,” kata James Shen, Timbalan Pengurus Besar Operasi Penyelesaian di ECCOM. “Kami berharap untuk meneruskan perkongsian kukuh kami dengan Pulse Secure untuk membantu pelanggan kami menyesuaikan diri dengan inisiatif gaya kerja baharu dan memajukan transformasi IT hibrid mereka.”

Perihal Pulse Secure
Pulse Secure menyediakan penyelesaian Secure Access dipacu perisian yang mudah dan menyeluruh untuk orang, peranti, benda dan perkhidmatan yang meningkatkan kebolehlihatan, perlindungan dan produktiviti bagi pelanggan kami. Suite dan platform SaaS kami menyepadukan awan, mudah alih, aplikasi dan akses rangkaian secara unik untuk mendayakan IT hibrid dalam dunia Sifar Kepercayaan. Lebih daripada 24,000 perusahaan dan pembekal perkhidmatan merentasi setiap vertikal mengamanahkan Pulse Secure untuk memperkasakan tenaga kerja mudah alih mereka untuk mengakses aplikasi dan maklumat dengan selamat dalam pusat data dan awan sambil memastikan pematuhan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di www.pulsesecure.net

Ikuti @PulseSecure di Twitter atau lawati kami di LinkedIn dan Facebook.

 

Contact Data