Platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA dipilih oleh Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk digunakan dalam gabungan dengan sistem rawatan hormon pertumbuhan manusia miliknya

Infrastruktur berdasarkan awan PRA membolehkan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyampaikan pengalaman produk yang lebih baik dan diskalakan bagi peningkatan masa hadapan


RALEIGH, N.C., April 08, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan bahawa Merck KGaA, Darmstadt, Germany, yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai EMD Serono, telah memilih platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA untuk digunakan dalam gabungan dengan sistem rawatan hormon pertumbuhan manusia (HCH) miliknya. Di bawah perjanjian ini, platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA menyokong sistem rawatan HGH Merck KGaA, Darmstadt, Germany termasuklah growlinkTM, sebuah aplikasi mudah alih untuk pesakit yang dipreskripsikan dengan rawatan HGH, dan easypod® Connect, platform yang selamat untuk profesional jagaan kesihatan (HCP) dalam bidang endokrinologi untuk memantau kepatuhan pesakit, menyemak sejarah suntikan, dan berkongsi maklumat tentang perkembangan pesakit yang menghidap gangguan hormon pertumbuhan.

“Pesakit dan pembayar mengharapkan kami untuk menawarkan teknologi baharu seperti aplikasi yang menyokong rawatan, dengan tahap privasi dan keselamatan data yang tertinggi,” kata Andre Musto, Presiden Kanan dan Ketua Metabolisme Kardiovaskular & Endokrinologi, Merck KGaA, Darmstadt, Germany. “Dengan growlink dan easypod Connect, yang disokong oleh platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA, kami boleh menawarkan alat yang inovatif untuk membantu dalam mengurus keadaan mereka dan memastikan pembayar menggunakan rawatan yang berkesan sambil menghormati privasi dan keselamatan data mereka sepenuhnya.”

Rawatan hormon pertumbuhan manusia kerap dipreskripsikan untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami kekurangan hormon pertumbuhan, keadaan yang memberikan kesan kepada kira-kira 1:4,000 hingga 1:10,000 kanak-kanak1 setiap tahun di A.S. Walaupun terdapat kelaziman bagi kekurangan hormon pertumbuhan dan pilihan rawatan, salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan pesakit mematuhi rejimen tersebut. Menambahkan lapisan teknologi ini kepada rawatan HGH memudahkan penglibatan pesakit dengan lebih baik, membantu HCP memanfaatkan lawatan pesakit dengan lebih baik dan memastikan rawatan diambil dengan kerap dan pada dos yang betul, mengoptimumkan hasil rawatan dan memberikan keyakinan pembayar.

Dalam persekitaran dunia nyata, HCP akan menggunakan easypod Connect untuk mengundang pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, growlink. Kemudian pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, menandatangani borang ePersetujuan pada aplikasi dan menyegerakkan aplikasi dengan peranti perubatan penyuntik HGG milik Merck KGaA, Darmstadt, Germany iaitu easypod. Peranti ini mampu mengawal sendiri dos HGH yang sesuai berdasarkan protokol rawatan. Sistem empat bahagian – aplikasi mudah alih (growlink) Merck KGaA, Darmstadt, Germany, peranti yang disambungkan (easypod), dan platform HCP (easypod Connect) dilengkapi oleh teknologi pemantauan pesakit jarak jauh PRA – membolehkan HCP untuk melihat gambaran tepat bagi pematuhan, tinggi, berat, dan hasil lain pesakit sementara menawarkan pesakit cara yang lebih mudah untuk mengikuti rejimen rawatan mereka dan mengurus keadaan mereka.

“Selama bertahun-tahun, PRA telah berfokus pada mereka bentuk platform kesihatan digital hujung-ke-hujung yang menyokong penyampaian jagaan kesihatan mudah alih, seperti pemantauan pesakit jarak jauh,” kata Kent Thoelke, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, PRA Health Sciences. “Kerjasama kami dengan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyokong growlink dan easypod Connect merupakan contoh cara industri sedang maju dengan pesakit di pusat inovasi kami.”

PRA mengehoskan webinar yang dipanggil, How Digital Therapeutics and Remote Patient Monitoring Can Drive Pharmaceutical Product Differentiation, untuk membantu dalam mewujudkan perbezaan. Akses main balik webinar hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelesaian pemantauan pesakit jarak jauh PRA, lawati www.prahs.com.

1 Stanley T. Diagnosis of Growth Hormone Deficiency in Childhood. HHS Public Access. Tersedia di https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3279941/

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan memiliki lebih 19,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435