Jangan ketinggalan acara seni visual Orang Aborigin dan Orang Kepulauan Selat Torres yang terbesar di Australia


DARWIN, Australia, Aug. 04, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF) akan dibuka pada Jumaat 6 Ogos melalui platform digital canggihnya, menghubungkan khalayak di seluruh dunia dengan Orang Aborigin dan Orang Kepulauan Selat Torres yang kreatif.

Dipersembahkan oleh Darwin Aboriginal Art Fair Foundation (DAAFF), kini dalam tahun yang ke-15, program DAAF akan berlangsung dari 6-11 Ogos. Program ini menampilkan pameran seni digital yang amat dinanti-nantikan dan Program Awam dalam talian yang merangkumi kelas pakar artis dan bicara artis.

DAAFF juga akan menampilkan dua acara fesyen First Nations termasuk National Indigenous Fashion Awards (NIFA) tahunan dan pengumuman pemenang akan distrim secara langsung merentasi saluran media sosial di NITV pada 3 Ogos, terus dari Darwin Convention Centre, Australia. Acara fesyen Country to Couture juga akan diadakan pada 4 Ogos.

DAAF diraikan sebagai program bertaraf dunia di peringkat antarabangsa dan memberikan penghormatan kepada budaya hidup yang tertua di dunia. Inilah satu-satunya acara yang menghubungkan artis, penghibur dan Pusat Seni dari rantau paling jauh di Australia dengan khalayak domestik dan antarabangsa yang tidak sabar untuk mendapatkan karya seni yang menarik dan asli.

Pengarah Eksekutif DAAFF, Claire Summers mengatakan program tersebut menjana manfaat aliran terus yang ketara untuk komuniti Pribumi Australia, iaitu 100 peratus jualan daripada setiap karya seni dikembalikan ke Pusat Seni, artis dan komuniti mereka.

“Kami berbesar hati kerana dapat memprofilkan lebih daripada 70 Pusat Seni yang dimiliki masyrakat Pribumi dan membuka kisah, budaya dan sejarah yang kaya di sebalik kerja-kerja seni ini,” kata Pn. Summers.

Memberikan komen tentang keputusan untuk beralih daripada acara fizikal kepada strategi dalam talian, Summers menambah, “Kami telah menerima minat yang amat menggalakkan terhadap Program Awam kami, dengan banyak bengkel yang diadakan telah penuh. Tahun lalu, kami telah mengalu-alukan khalayak global terbesar yang pernah kami terima disebabkan tawaran digital kami.”

DAAF menghubungkan khalayak seni dan budaya Pribumi dan bukan Pribumi melalui acara uniknya untuk meraikan warisan First Nations Peoples Australia yang meriah, menyediakan tempat perjumpaan yang penting untuk artis dan pereka bentuk bagi berkongsi cerita dan tradisi melalui medium pilihan mereka.

Program DAAF merangkumi:

  • Selasa 3 Ogos |National Indigenous Fashion Awards (NIFA)
  • Rabu 4 Ogos | Country to Couture
  • 6-11 Ogos | 15th Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF)

Untuk mendapatkan akses kepada Darwin Aboriginal Art Fair, daftar di daaf.com.au/art-fair-2021

tiffanye@bastionagency.com
+61 404 303 308

Gambar:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7c961e7b-6fc0-410c-9f8f-370575a45d15

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4948c374-8edc-4336-9098-da9c360ccabf

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/07d05f58-a2f5-473c-8155-ac34ebd858d7