NEW YORK, Aug. 19, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- JW Player, platform cerapan perisian dan data video terkemuka, hari ini telah mengumumkan pelantikan David LaPalomento sebagai Ketua Pegawai Teknologi, berkuat kuasa serta-merta. Pengambilan strategik ini akan mempercepatkan inovasi produk JW Player bagi memenuhi keperluan Ekonomi Video Digital yang berkembang pesat, memanfaatkan penanaman baru-baru ini sebanyak $100J dalam Siri E daripada LLR Partners.
“David telah membuktikan diri beliau sebagai pemimpin berwawasan dalam kedua-dua pembangunan dan penskalaan produk penyampaian video yang inovatif,” kata Dave Otten, CEO dan pengasas bersama dengan JW Player. “Saya yakin bahawa kepakaran beliau akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai kuasa peneraju untuk inovasi dalam industri video digital. Dengan kepimpinan beliau, kami akan menskalakan pasukan kejuruteraan kami dan membawakan produk baharu ke pasaran yang akan memperkasakan lagi pelanggan dengan kebebasan dan kawalan dalam Ekonomi Video Digital. Kami amat teruja untuk beliau menyertai pasukan kami.”
Semasa tempoh selama sedekad beliau di Brightcove, David telah membina pasukan kejuruteraan bertaraf dunia untuk memodenkan platform penyampaian videonya. Beliau telah mengetuai baik pulih seni bina berasaskan pusat data legasi syarikat, menggantikannya dengan seni bina natif awan yang boleh skala dan menghijrahkan ribuan pelanggan kepada platform baharu tersebut. Kepimpinan beliau telah membantu untuk meningkatkan hasil tiga kali ganda, melancarkan produk baharu dan menyepadukan pemerolehan untuk menangani segmen pasaran baharu. Pengalaman beliau akan tidak ternilai tatkala JW Player meningkat untuk mencapai ledakan pertumbuhan dalam permintaan untuk video digital sejak pandemik bermuka.
“Saya amat teruja untuk memulakan bab kerjaya saya yang seterusnya dengan JW Player,” kata David. “Kita telah mencapai titik infleksi apabila setiap syarikat dengan kehadiran digital sekarang bergantung pada video untuk menarik perhatian khalayak dan mengewangkan penawarannya. JW Player telah membina platform yang paling menyeluruh untuk mencapai kejayaan dalam ekosistem video digital ini, dengan penggunaan serta cerapan data kontekstual yang tiada tandingan, ciri pengewangan dan penglibatan yang canggih, serta pengalaman video bertaraf dunia pada mana-mana skrin. Saya tidak sabar untuk membentuk pada platform ini untuk menawarkan inovasi baharu ke pasaran.”
Menurut data JW Player daripada lebih 12,000 penerbit dan penyiar, penggunaan video telah terus meningkat tatkala berlakunya pandemik, meningkat hampir 50% sejak 2020 dan 28.6% sejak Januari 2021. Permintaan yang semakin meningkat telah menyebabkan terdapat keperluan untuk organisasi semua jenis, termasuklah perniagaan kecergasan, e-dagang, sukan dan e-pembelajaran, untuk membangunkan strategi video yang teguh untuk melibatkan penonton mereka pada skrin pilihan mereka: web, mudah alih atau TV yang disambungkan.
Platform video dipacu API JW Player memperkasakan ratusan ribu pelanggan untuk mengawal dan mengendalikan secara bebas aplikasi mudah alih, OTT, dan video web pada skala global. Paling penting sekali, JW Player menyampaikan cerapan dipacu data unik yang memperkasakan pelanggan untuk berkembang, melibatkan diri, dan mengewangkan khalayak mereka secara berkesan. Pada tahun lalu sahaja, penstriman video syarikat ini meningkat sebanyak hampir 200%, dengan penstriman langsung meningkat sebanyak lebih 400%.
Perihal JW Player
JW Player ialah platform perisian video utama dan cerapan data yang memberikan kebebasan dan kawalan kepada pelanggan dalam Ekonomi Video Digital hari ini. Bermula pada tahun 2008 sebagai pemain video sumber terbuka yang sangat popular, platform teknologi JW Player kini menguasakan video digital untuk ratusan ribu perniagaan, termasuk separuh daripada tapak 50 teratas comScore di AS, penyiar peneraju merentasi EMEA, APAC dan Amerika Latin. Setiap bulan 1 bilion penonton atau satu pertiga daripada semua orang di Internet, menggunakan video pada teknologi JW Player merentasi 2.7 bilion peranti, mencipta penggunaan yang tiada tandingan dan berkuasa serta graf data kontekstual yang membantu pelanggan mengembangkan khalayak dan menjana video tambahan daripada video digital. Syarikat ini beribu pejabat di New York, dengan pejabat di London dan Eindhoven, lawati http://www.jwplayer.com.
Orang Hubungan Media:
Fatimah Nouilati
Scratch Marketing + Media untuk JW Player
fatimah@scratchmm.com