BANDAR HO CHI MINH, Vietnam, Dec. 01, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Vietnam Airlines, syarikat penerbangan paling pesat berkembang di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kejayaan penerbangan tanpa henti yang pertama ke Amerika Syarikat, menandakan titik kejayaan perkembangan yang penting untuk pembawa bendera Vietnam ini.
Penerbangan sulung, No.VN98, dari Bandar Ho Chi Minh ke San Francisco, membawa penumpang menggunakan Boeing 787-9 Dreamliner, salah satu pesawat yang berteknologi paling canggih dalam barisan pesawat Vietnam Airlines.
Penerbangan bersejarah ini menandakan perkembangan penting penerbangan Vietnam dan Vietnam Airlines sebagai pesawat pertama negara yang melakukan penerbangan komersial tanpa henti secara tetap ke A.S.
Perkara ini mengiktiraf usaha 20 tahun Vietnam Airlines, sejak penubuhan pejabat perhubungan di San Francisco yang menjadi asas kepada laluan terus antara dua negara ini.
“Vietnam Airlines sangat berbangga kerana menjadi syarikat penerbangan pertama negara yang menjalankan penerbangan carter ke A.S. pada lebih daripada setahun yang lalu untuk mengalu-alukan rakan senegara kembali ke tanah air. Hari ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan kejayaan penerbangan komersial tanpa henti sulung ke A.S., menandakan titik penting baharu untuk Vietnam Airlines dan syarikat penerbangan Vietnam,” ujar Le Hong Ha, Presiden & CEO Vietnam Airlines.
“Kami berbesar hati untuk menjadi lapangan terbang pertama di A.S. yang menawarkan penerbangan tanpa henti secara tetap ke Vietnam. Kami berbangga untuk menawarkan pengalaman berkelas dunia dengan akses lancar ke seluruh Kawasan Teluk San Francisco dan berterima kasih kepada Vietnam Airlines kerana menjadikan San Francisco sebagai destinasi A.S. pertama,” kata Ivar C. Satero, Pengarah Lapangan Terbang San Francisco.
Sebagai permulaan, Vietnam Airlines akan melakukan 2 penerbangan setiap minggu dari Bandar Ho Chi Minh ke San Francisco menggunakan Boeing 787 dan Airbus A350, dua pesawat berbadan lebar yang paling moden.
Syarikat penerbangan ini bermatlamat untuk menambahkan kepada 7 penerbangan setiap minggu selepas pandemik Covid-19 berjaya dikawal dan merancang untuk membuka laluan baharu untuk menghubungkan Los Angeles ke Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh.
Perihal Vietnam Airlines:
Vietnam Airlines - ahli Perikatan SkyTeam - ialah syarikat penerbangan terkemuka Vietnam dan syarikat penerbangan utama di Asia Tenggara, mengendalikan 95 laluan ke 22 destinasi domestik dan 29 destinasi antarabangsa dengan purata 400 penerbangan setiap hari. Skytrax - organisasi penilaian syarikat penerbangan dan lapangan terbang terkemuka dunia - telah memberikan taraf Syarikat Penerbangan 4-Bintang kepada Vietnam Airlines selama empat tahun berturut-turut.
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7591ba77-2286-479a-bb64-b43fe983f5ac