Pemimpin Pemasaran Paling Berbakat Menyertai Sumo Logic

Sumo Logic mengalu-alukan pemimpin jualan, saluran dan operasi untuk membantu merebut peluang pasaran yang besar dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan selanjutnya


REDWOOD CITY, Calif., June 02, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analisis Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) untuk membolehkan aplikasi natif awan (cloud-native) yang boleh dipercayai dan selamat, pada hari ini telah mengumumkan pelantikan empat pemimpin kanan baharu. Pasukan ini bersedia untuk membantu mendorong tumpuan dan memastikan pertumbuhan global yang cekap ketika Sumo Logic membantu syarikat pelbagai saiz dengan inisiatif transformasi digital, penghijrahan awan dan pemodenan keselamatan.

Sumo Logic mengalu-alukan:

  • Zakir Ahmed, Pengarah Urusan Asia Pasifik dan Strategi Pasaran Antarabangsa
  • Steve Doyle, Timbalan Presiden Kanan Strategi Jualan dan Operasi Global
  • Timm Hoyt, Timbalan Presiden Kanan Saluran dan Perikatan Global
  • Russell Rosa, Timbalan Presiden Kanan Jualan Amerika

Lynne Doherty, Presiden Operasi Luar Seluruh Dunia, Sumo Logic: “Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan empat pemimpin yang berbakat tinggi ini ke pasukan Sumo Logic. Setiap orang daripada mereka membawa rekod prestasi terbukti dan kejayaan fungsian dalam mengembangkan organisasi yang besar dan bergerak maju, yang akan membantu mempercepat fasa pertumbuhan kami seterusnya. Sumo Logic merupakan komponen yang kritikal dalam susunan perisian pelanggan, dan tugas kami adalah untuk mengasaskan kejayaan platform awal kami untuk menjadi peneraju yang jelas dalam memenuhi keperluan organisasi dari segi keselamatan dan juga kebolehcerapan (observability). Pasukan pucuk pimpinan ini, bersama dengan bakat dan semangat yang mendalam keseluruhan Sumo Logic, memberi saya keyakinan besar bahawa kami dapat membantu pelanggan kami mencapai kejayaan.”

Perihal Pasukan
Bertempat di Singapura, Zakir Ahmed menyertai Sumo Logic sebagai Pengarah Urusan Asia Pasifik dan Strategi Pasaran Antarabangsa. Ahmed akan memimpin rantau Asia Pasifik dan memberikan sokongan nasihat untuk kawasan antarabangsa lain.

Ahmed berpengalaman dalam membina perniagaan dalam pasaran SaaS yang berkembang dengan amat pesat. Beliau membawa pengalaman penting yang terkini di Kofax, tempat beliau berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Kanan dan Pengurus Besar bagi Asia Pasifik. Semasa di sana, Ahmed bertanggungjawab untuk mendorong hala tuju strategik baharu dan menjadi pelopor transformasi semasa memimpin rantau itu melalui pertumbuhan yang pesat dan pengembangan ke dalam pasaran baharu. Beliau membawa pengalaman yang luas dalam pengurusan, pemerolehan pelanggan, pengekalan dan pimpinan jualan daripada pelbagai syarikat, termasuk Unit Perniagaan NetSuite di Oracle, Salesforce.com, TechnologyOne Corp dan Microcell.

Steve Doyle telah dinamakan sebagai Timbalan Presiden Kanan Strategi Jualan dan Operasi Global, dan memimpin pasukan global yang menjangkau Amerika Utara ke United Kingdom, Australia dan India. Pasukan Doyle berusaha untuk melaksanakan struktur, piawaian, ketekalan dan proses bagi membantu mempercepat pertumbuhan ketika perniagaan berkembang.

Sebelum menyertai Sumo Logic, Doyle telah memimpin inisiatif strategik global di Cisco. Beliau telah memegang pelbagai peranan dalam jangka masa 16 tahun, termasuk memimpin Operasi Pembaharuan Global, tempat beliau membentuk pasukan global seramai lebih daripada 50 ahli profesional untuk menyokong perniagaan yang sedang berkembang. Doyle juga memimpin strategi dan perancangan untuk Cisco Amerika, tempat beliau memimpin semua fungsi operasi jualan termasuk penggajian, perancangan dan peramalan.

Timm Hoyt memegang teraju pimpinan dalam peranan baharunya sebagai Timbalan Presiden Kanan Saluran dan Perikatan Global. Seorang veteran industri teknologi dengan rekod prestasi penyampaian penyepaduan produk dan strategi rakan pemasaran yang kukuh, Hoyt akan menumpukan perhatiannya untuk mendorong kepimpinan pasaran dengan memajukan perkongsian global untuk Sumo Logic. Hoyt membawa pengalaman operasi antarabangsa dan kepimpinan yang mendalam kepada pasukan, dengan pengalaman yang melebihi 20 tahun daripada jawatan di PagerDuty, Druva, Atlantis Computing, Skyera dan Brocade.

Di PagerDuty, Hoyt mewakili organisasi Rakan dan Perikatan Global, mewujudkan lima bidang amalan yang penting: Penyedia Awan, Saluran, Perikatan Ekosistem, Pemberi Perkhidmatan Terurus dan Penyepadu Sistem. Begitu juga di Druva, Hoyt mengurus organisasi Rakan dan Perikatan Global, semasa di bawah pimpinan beliau, hasil berulang tahunan telah dipercepat dengan mentransformasikan cara ke pasaran kepada gerakan jualan rakan dahulu (partner-first sales motion) yang mendorong pertumbuhan, kebolehramalan dan ketahanan.

Russell Rosa ialah Timbalan Presiden Kanan Jualan Amerika. Rosa akan memastikan perkembangan di seluruh Amerika Utara dan mendorong strategi dalam pasaran baru muncul seperti Kanada dan Amerika Latin. Rosa menyertai Sumo Logic daripada Cisco, tempat beliau telah memegang sebilangan peranan kepimpinan jualan kanan dan berjaya membentuk, membangunkan dan mengurus pasukan berprestasi tinggi. Selama tempoh lima tahun yang lalu, Rosa telah mengurus U.S. Commercial East, sebuah unit perniagaan yang terdiri daripada pelanggan kecil, bersaiz sederhana dan Fortune 500. ​​

Rosa juga meluangkan masa untuk memimpin organisasi saluran di Actifio dan VCE, tempat beliau membantu membentuk strategi saluran dan model pemasaran bagi pasukan masing-masing. Ini termasuk fungsi seperti pengedaran, pembentukan pasukan jualan rakan, dan usaha memperkenalkan penyelesaian baharu dalam portfolio.

Sumber Tambahan:

Perihal Sumo Logic
Sumo Logic, Inc. (NASDAQ: SUMO) memberi kuasa kepada mereka yang memperkasakan perniagaan digital moden. Melalui platform analisis SaaS, Sumo Logic membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi natif awan yang boleh dipercayai dan selamat, Continuous Intelligence Platform™ Sumo Logic membantu pengamal dan pembangun memastikan kebolehpercayaan aplikasi, menjamin dan melindungi daripada ancaman keselamatan moden, dan memperoleh pemahaman mengenai infrastruktur awan mereka. Pelanggan di seluruh dunia bergantung pada Sumo Logic untuk mendapatkan analisis masa nyata yang berkeupayaan tinggi dan pemahaman dari segi kebolehcerapan dan penyelesaian keselamatan untuk aplikasi natif awan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sumologic.com.

Sumo Logic ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sumo Logic di Amerika Syarikat dan di negara-negara asing. Semua nama syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemiliknya masing-masing.

Hubungan Media
Carmen Harris
Sumo Logic
charris@sumologic.com
(650) 414-1584

Jenna Shikoff
RH Strategic
SumoLogicPR@RHStrategic.com