MELBOURNE, Australia, Oct. 12, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Spryker, platform utama untuk Pasaran Perusahaan, Perdagangan Benda dan Perdagangan Bersepadu, hari ini telah melancarkan Laporan Barangan Runcit Dalam Talian Australia 2022. Kajian terhadap 2,500 pengguna Australia ini mendapati hampir separuh - 48% daripada rakyat Australia membeli sekurang-kurangnya sebahagian daripada barangan runcit mereka dalam talian, dengan 10% daripada mereka kini memesan kebanyakan atau semua barangan runcit mereka melalui internet. Secara keseluruhan, 23% daripada belanjawan makanan isi rumah Australia kini dibelanjakan dengan memesan melalui dalam talian. Kajian yang dijalankan oleh Spryker ini dengan kerjasama firma penyelidikan pasaran Appinio, telah meninjau para pengguna dari seluruh Australia melibatkan pengalaman dan pendapat mereka tentang membeli-belah barangan runcit.
Dengan pasaran barang runcit Australia pada masa ini bernilai USD125 bilion, terdapat peluang yang besar untuk para peruncit bagi menawarkan perkhidmatan membeli-belah barangan runcit secara dalam talian. Malah, hampir satu daripada lima responden (18%) berkata mereka bercadang untuk membeli sebahagian besar atau semua barangan runcit mereka secara dalam talian dalam tempoh dua tahun. Pada masa ini, para pembeli dalam kumpulan umur 25 hingga 44 tahun berkemungkinan besar untuk memesan barang runcit dalam talian dan paling banyak membelanjakan belanjawan runcit mereka dalam talian berbanding kumpulan umur yang lain. Walau bagaimanapun, mereka dalam kumpulan umur yang lebih tua (45-65) adalah sepadan dengan mereka dalam kumpulan umur yang lebih muda dari segi jumlah amaun yang dibelanjakan dalam talian – walaupun amaun ini merupakan peratusan keseluruhan yang lebih rendah daripada belanjawan runcit mereka. Responden dalam kumpulan umur 55 hingga 65 tahun kebanyakannya menyatakan keinginan mereka untuk mengelakkan diri daripada pergi ke pasar raya yang sesak dan sekali gus meminimumkan risiko dijangkiti Koronavirus sebagai motivasi mereka untuk membeli-belah dalam talian.
Pengalaman dalam kedai yang “menyenangkan”
Walaupun pasaran ini berkembang, para peruncit dalam talian menghadapi satu halangan utama - 75% daripada belanjawan barang runcit responden dibelanjakan di luar talian dan 88% daripada para pembeli merasakan membeli-belah di pasar raya adalah sesuatu yang menyenangkan. Ini adalah jauh lebih positif daripada sentimen di AS. Satu tinjauan Spryker yang setara tentang barangan runcit dalam talian Amerika dari bulan Disember 2021 mendapati hanya 55% pembeli AS berpendapat bahawa membeli-belah dalam kedai adalah satu pengalaman yang menyenangkan. Walaupun dengan pasaran runcit dalam talian yang telah lama wujud di Jerman, 73% pembelinya berkata mereka mendapati membeli-belah di kedai adalah menyenangkan menurut tinjauan Jerman Spryker dari bulan Julai 2022.
“Kajian terbaru kami telah menunjukkan bahawa para pembeli di Australia kebanyakannya tertumpu kepada kos yang lebih rendah dan pilihan produk yang lebih baik apabila melibatkan membeli-belah dalam talian. Memandangkan pengalaman membeli-belah dalam kedai adalah sesuatu yang positif bagi majoriti para pembeli, menggalakkan mereka untuk membeli lebih banyak barangan runcit dalam talian boleh menimbulkan masalah bagi kebanyakan peruncit. Namun ia juga satu peluang yang besar,” ulas Boris Lokschin, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Spryker. “Para peruncit yang bekerja dengan penyelesaian perdagangan boleh gubah akan lebih bersedia untuk merebut bahagian pasaran dalam pasaran runcit yang canggih dan dinamik ini. Mereka mestilah memberi tumpuan kepada menyampaikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lancar yang melebihi jangkaan pengguna dan dengan adanya pendekatan terbaik, para peruncit mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pelanggan. Sama ada untuk menawarkan pilihan produk yang lebih luas, pilihan penghantaran dan pengumpulan yang fleksibel atau untuk bekerjasama dengan rakan kongsi penghantaran atas permintaan, pasaran runcit dalam talian Australia mempunyai potensi pertumbuhan yang signifikan bagi organisasi yang sanggup untuk menyediakan pengalaman perdagangan digital yang terbaik.”
Menang di dalam talian dan kalah di luar talian
Melihat kepada mereka yang ketinggalan apabila para pembeli membuat lebih banyak pembelian dalam talian, 22% responden melaporkan pengurangan yang besar dalam perbelanjaan mereka di kedai makanan kesihatan, manakala 15% responden lagi telah mengurangkan perbelanjaan di kedai ladang tempatan dan pasar terbuka. Yang lebih mengejutkan, hanya 4% responden yang melaporkan perbelanjaan yang lebih rendah ketika membeli-belah di pasar raya. Dengan mendalami perkara ini, duopoli antara Coles dan Woolworths yang telah melabur dengan ketara dalam pengalaman perdagangan bersepadu mereka – membolehkan mereka menawarkan pengalaman yang fleksibel dalam kedai, dalam talian, pengambilan tepi jalan dan penghantaran ke rumah dengan mudah – menyumbang kepada pengurangan minimum dalam perbelanjaan di pasar raya berbanding mana-mana saluran lain.
Sementara itu, 10% pembeli juga berkata mereka sangat kurang berbelanja di kedai diskaun. Maka, wujudnya peluang untuk para peruncit diskaun ini, dengan 87% responden mengatakan bahawa mereka akan melakukan lebih banyak pembelian makanan dalam talian jika harganya lebih rendah. Memandangkan hanya 4.4% daripada penduduk Australia tinggal dengan jarak masa melebihi 20 minit dari pasar raya, harga yang lebih rendah boleh membantu meningkatkan pembelian dalam talian bagi peruncit diskaun dan menarik orang ramai untuk tidak berbelanja di pasar raya dalam radius 20 minit dari rumah mereka. Selain daripada harga, terdapat pelbagai faktor perkhidmatan yang berpotensi untuk membuatkan para pengguna tidak berbelanja di pasar raya pilihan utama termasuklah antara muka pengguna yang lebih mudah (75% berkemungkinan atau sangat berkemungkinan), rangkaian produk yang lebih luas (77%), ketersediaan yang lebih baik berdekatan rumah (78%) dan penghantaran yang lebih pantas (76%).
Satu lagi kategori yang boleh mendapat manfaat daripada pengalaman perdagangan digital yang dipertingkatkan ialah peruncit tempatan. Ramai pengguna yang ingin melihat para pembekal tempatan mereka menawarkan pilihan dalam talian: 40% responden ingin memesan daripada peladang dan pasar tempatan dalam talian. Di samping itu, 25% responden berpendapat bahawa kedai makanan organik harus dimasukkan ke dalam talian. Apabila ditanya berkenaan penyedia khusus manakah yang mereka ingin lihat berada dalam talian, 12% responden menyebut kedai Farmer Jack's yang terletak di Perth, menjadikan pembekal makanan serantau, tempatan dan organik yang berpangkalan di Barat Australia ini memperoleh jawapan kelima yang paling kerap diberikan – menunjukkan kehadirannya yang kukuh, lebih-lebih lagi apabila hanya 11% rakyat Australia tinggal di negeri tersebut.
Amazon tidak dapat menonjolkan diri
Walaupun Amazon melakukan pelaburan yang besar dalam pasaran peruncitan dalam talian - di peringkat global dan di Australia, hanya 42% pengguna Australia yang menyebut Amazon apabila mereka diberikan senarai pengendali penghantaran makanan dalam talian dan ditanya berkaitan pengendali manakah yang mereka kenali. Sementara itu, 84% responden tinjauan ini mengenali Uber Eats dan 77% mengenali Menulog; diikuti dengan Doordash di tempat ketiga dengan 75% mengenali jenamanya, manakala Deliveroo di tempat kelima dengan 66% responden mengenalinya. Selain daripada aspek pengiktirafan, 62% responden berkata mereka menggunakan Uber Eats (24% menggunakan secara kerap) manakala 31% daripada mereka adalah pelanggan Deliveroo (8% menggunakan secara kerap), menunjukkan betapa kukuhnya kedua-dua jenama tersebut di Australia.
Laporan penuh Barangan Runcit Dalam Talian Australia 2022 tersedia di https://www.efoodinsights.com/australia-online-grocery-report/
----
Metodologi
Laporan Barangan Runcit Dalam Talian Australia 2022 adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Appinio dan penyedia platform perdagangan digital Spryker pada pertengahan tahun 2022. Appinio telah membuat tinjauan ke atas 2,500 responden dengan pelbagai soalan terperinci tentang pengalaman mereka membeli-belah barang runcit dalam talian setakat ini dan pendapat mereka tentangnya. Penemuannya merupakan set data terbesar dan paling terperinci yang tersedia pada masa ini tentang tabiat membeli-belah barangan makanan dalam talian di Australia. Peserta tinjauan ini berumur antara 16 hingga 65 tahun (purata umur: 39.5) dan tinggal di Australia pada waktu mereka mengambil bahagian dalam tinjauan ini; 21.6% tinggal di bandar atau kawasan yang mempunyai kurang daripada 50,000 penduduk, manakala 25.7% tinggal di bandar dengan populasi sehingga 250,000 penduduk. 13.5% responden tinggal di bandar yang lebih kecil (dengan populasi 250,000 hingga 750,000 orang), manakala 39.2% tinggal di lima bandar gabungan terbesar di negara ini iaitu Sydney, Melbourne, Perth, Brisbane dan Adelaide.
Tentang Appinio
Appinio yang berpangkalan di Hamburg ialah platform penyelidikan pasaran global yang membolehkan syarikat mendapatkan beribu-ribu pendapat daripada khalayak sasaran yang khusus dari seluruh dunia - dalam masa hanya beberapa minit. Buat pertama kalinya, semua orang boleh mengesahkan keputusan dan idea dalam masa nyata dengan hasil keputusan yang diterima mewakili para pengguna. Sebagai sebuah penyelesaian terpantas untuk penyelidikan pasaran, Appinio dapat menyampaikan maklum balas daripada lebih 90 pasaran. Lebih 1,000 syarikat dari pelbagai industri menggunakan platform Appinio yang komprehensif untuk menjadi lebih tangkas dan mengutamakan pelanggan. Para pelanggan termasuk VW, Unilever, Netflix, Gorillas, Bertelsmann, Warner Brothers, Samsung, Jägermeister, Red Bull dan About You serta semua agensi dan perunding pengurusan utama. Appinio telah menerima beberapa anugerah, termasuk Syarikat Pemula Perniagaan Terbaik Eropah di Pioneers Festival, Syarikat Mudah Alih Terbaik dan Syarikat Terbaik bagi Anugerah Hamburg. Jonathan Kurfess, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Appinio, tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Eropah bagi tahun 2020.
Tentang Spryker
Spryker ialah platform perdagangan boleh gubah terkemuka untuk perusahaan dengan model perniagaan yang canggih untuk membolehkan pertumbuhan, inovasi dan pembezaan. Direka khusus untuk perniagaan transaksi yang canggih, model Spryker yang mudah digunakan, tanpa sasaran serta mengutamakan API ini menawarkan pendekatan terbaik yang memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk menyesuaikan diri, membuat penskalaan dan memasuki pasaran dengan pantas sambil mempermudah proses masa-ke-nilai dengan lebih pantas sepanjang perjalanan transformasi digital mereka. Sebagai peneraju platform global untuk Pasaran Perusahaan B2B dan B2C, Perdagangan Benda dan Perdagangan Bersepadu, Spryker telah memperkasakan lebih 150 pelanggan perusahaan global di seluruh dunia dan dipercayai oleh jenama seperti ALDI, Siemens, Hilti dan Ricoh. Spryker telah diiktiraf oleh Gartner® sebagai sebuah syarikat yang Berwawasan dalam laporan 2022 Magic Quadrant™ untuk Perdagangan Digital dan turut disenaraikan sebagai Syarikat yang Kukuh dalam panduan The Forrester Wave™: B2B Commerce Solutions, bagi Suku Ke-2 2022. Spryker ialah sebuah syarikat teknologi milik persendirian yang beribu pejabat di Berlin dan New York. Ketahui lebih lanjut di https://spryker.com
Butiran hubungan:
press@spryker.com
Foto yang disertakan dalam pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ded391b8-7033-469a-a7be-b6aad81b9c88