Neoviva, klinik ketagihan pertama di Switzerland yang menawarkan jaminan


LUCERNE, Switzerland, Jan. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Neoviva, sebuah pusat pemulihan mewah terkemuka melancarkan program jaminan pertama dan satu-satunya di Switzerland untuk rawatan ketagihan. Dengan pendekatan yang tersusun dan disesuaikan, program Neoviva menangani keperluan unik setiap pelanggan yang menggabungkan kaedah terapeutik terkini dengan penjagaan susulan yang menyeluruh. Jaminan Neoviva ialah bukti keberkesanan Program Signature yang diperibadikan dan mencerminkan keyakinan terhadap kebolehan program tersebut untuk membantu pelanggan mencapai pemulihan yang mampan.

"Rekod kejayaan kami telah cukup terbukti, dengan pelbagai kisah kejayaan pemulihan yang berkekalan. Jaminan Neoviva merupakan cara kami melaksanakan tindakan yang bersandarkan janji kami. Kami begitu yakin dengan keberkesanan program kami sehingga kami sanggup terus menyokong dan membantu pelanggan kami walaupun mereka telah lama menamatkan program dengan kami. Ini bukan sekadar rawatan tetapi ia satu perkongsian seumur hidup dalam pemulihan," tegas Fenina Erpf, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama NEOVIVA, bersama Oliver Neubert yang merupakan Pengasas NEOVIVA.

Pelanggan yang menyelesaikan sekurang-kurangnya enam minggu program Signature Neoviva dan mematuhi pelan penjagaan berterusan selama 30 minggu layak mendapat Jaminan ini. Sekiranya ketagihan berulang dalam tempoh setahun selepas menamatkan program, pelanggan boleh kembali untuk mendapatkan rawatan intensif tambahan sehingga empat minggu tanpa sebarang kos tambahan.*

Kemudahan pemulihan mewah NEOVIVA yang terletak di pesisir Tasik Lucerne yang tenang itu menggabungkan penjagaan bertaraf dunia dengan persekitaran eksklusif dan damai. Ditempatkan dalam suasana hotel sebenar, klinik kami menawarkan keseimbangan yang sempurna antara keselesaan, privas serta jauh daripada perhatian tidak diingini, yang memastikan pelanggan mendapat ruang untuk menyokong pemulihan. Persekitaran unik ini memperkasa pelanggan dengan alat dan strategi yang diperlukan untuk mengharungi kehidupan selepas rawatan, sambil dikelilingi oleh keindahan Alpen Swiss yang menakjubkan.

Perihal Neoviva:

Neoviva ialah sebuah pusat pemulihan mewah di Switzerland yang menawarkan pelan rawatan diperibadikan untuk kesihatan mental dan rawatan ketagihan. Dengan metodologi perintis, nisbah antara jumlah kakitangan berbanding jumlah pelanggan yang tinggi dan komitmen terhadap transformasi peribadi yang teguh, Neoviva bukan sekadar pusat pemulihan. Ia pengalaman yang merubah kehidupan bagi mereka yang menginginkan pemulihan berkekalan.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/22e5d7be-00e5-4d4c-9f88-fde0ffc48718

 

Contact Data